Dimana Nak Belajar Membuat Roti?

Dimana nak belajar membuat roti? Pastinya sis dah sedia maklum bahawa banyak resepi roti dengan mudahnya di perolehi di carian internet seperti Google dan juga Yahoo. Sis tidak menafikan resepi yang dikongsi tersebut menghasilkan roti yang sempurna.

Dimana Nak Belajar Membuat Roti dan kek?

Tetapi kita juga perlu mencari ilmu mengenai cara menghasilkan roti juga sebelum mencuba sesuatu resepi.

Ini adalah penting kerana secara amnya, resepi yang dikongsi tersebut adalah mungkin sama yang dipelajari dari sesuatu sumber contohnya dari kelas roti.

Cuma yang membezakannya adalah teknik-teknik dalam penghasilan roti.

Jadi berikut beberapa tempat untuk sis-sis semua boleh belajar membuat roti:

Youtube

Tambahan pula, roti homemade biasanya mempunyai pelbagai bentuk yang menarik dan tambahan rasa yang berlainan, jadi, sis juga boleh mempelajari ilmu tersebut melalui kelas online secara percuma contohnya di Youtube.

Kelas belajar buat roti

Selain sumber percuma dari resepi di internet dan kelas online di Youtube, banyak juga kelas belajar buat roti berbayar yang diadakan sama ada oleh kelas-kelas persendirian ataupun oleh pusat pusat latihan contohnya Giat Mara, Kolej Komuniti dan juga lain-lain pusat latihan.

Sis boleh juga menghadirkan diri untuk meningkatkan skill teknik-teknik membuat roti kerana kebiasaannya kelas tersebut diadakan secara ‘hands-on’.

Internet

Tetapi bagi pendapat sis ‘personally’, sis lebih suka mencuba resepi-resepi di internet walaupun sis telah menghadiri kelas tersebut. Hal ini kerana, sis suka mencuba dan mencari perbezaan hasil dari setiap resepi dan membandingkan hasilnya.

Brand Dan Kedai

Selain itu, sis juga suka membeli kek dan roti yang di kenali ramai seperti dari ‘Secret Recipe’, ‘Roti Boy’ dan juga dari kedai kek dan kedai roti biasa kerana sis suka mencari rasa ‘istimewa’ kek ataupun roti tersebut yang menyebabkan ia dapat di jual dengan harga yang mahal.

Jadi, dari deria rasa, biasanya kita dapat membandingkan dengan produk yang di hasilkan oleh kita sendiri. Di sini pentingnya sikap ‘try an error’ itu.

Selain perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru dalam menambah baik resepi yang kita perolehi dan tidak terikat 100 peratus kepada resepi asal adalah penting.

Seperti yang sis pernah sentuh dalam awal topik dahulu, untuk mencari ilmu, kita perlu ikut kemampuan kelas yang kita boleh hadiri. Hal ini kerana kelas-kelas belajar kek,biskut dan roti agak mahal.

Tambahan pula, setiap masa ada sahaja produk baru samaada ia menjadi produk ‘viral’ atau pun yang menjadi ‘hot’ dalam satu-satu masa. Tidak semestinya kita tidak menghadiri sesuatu kelas produk, kita tidak mampu menghasilkan produk yang berkualiti.

Ini kerana, dengan kemudahan internet, kita mampu menerokai ilmu tanpa sempadan. Dengan Youtube, banyak ilmu teknik-teknik asas roti sehinggalah kepada cara membentuk roti boleh di pelajari secara amali. Hal ini kerana langkah demi langkah di tunjukkan dengan teliti.

PJJ

Selain itu, pilihan kelas berbayar untuk kita memperolehi ilmu juga melalui pelbagai cara dan tidak semestinya melalui kelas ‘hands on’. Kelas terkini yang agak murah tetapi praktikal adalah kelas belajar secara online ataupun di kenali sebagai kelas pembelajaran jarak jauh (PJJ).

Cara ini lebih berkesan kerana kita selepas membuat bayaran, kita akan ‘ditambah’ di dalam kumpulan Facebook tertutup yang mana kita boleh berkomunikasi di dalam kumpulan tersebut. Tambahan pula kelas tersebut agak murah berbanding kelas ‘hands on’ malah video yang di muat naik di dalam kumpulan Facebook tersebut untuk pembelajaran boleh di ulang tayang sehingga kita mahir.

Umumnya, secara asas setiap resepi adalah sama. Tidak kira sama ada menghadiri kelas atau pun mencari sendiri di carian internet. Cuma teknik dan tips yang diajar di dalam kelas adalah ‘bonus’ kepada peserta.

Di samping itu, resepi yang kita dapat semasa hadiri kelas resepi yang ‘mesti jadi’ berbanding resepi yang diperoleh dari internet yang memerlukan kesabaran dan teknik yang betul di dalam mencuba resepi tersebut. Kena cuba beberapa kali dulu, baru jadi.

Panduan Memulakan Bisnes Bakeri Sendiri!

Adakah sis bercadang memulakan bisnes bakeri sendiri di rumah?

Dapatkan panduan memulakan bisnes bakeri di bawah! Ia terbukti telah membantu ramai surirumah menambah pendapatan family.

Panduan memulakan bisnes bakeri dari rumah

Selamat menjalankan bisnes bakeri dari rumah!

Penutup

Bagi yg baru nak berjinak-jinak dalam bidang bakeri, sis boleh baca jenis-jenis & kepelbagaian roti ni.

Eh.. Sis dah baca bagaimana cara memulakan bisnes bakeri dari rumah ini?

Cookies adalah produk bakeri yg evergreen dan mempunyai permintaan sepanjang tahun. Sis dah baca cara memulakan perniagaan cookies dari rumah ini?

Jangan tak tahu, biskut raya adalah sejenis bisnes yg amat menguntungkan. Apatah lagi bila masuk musim perayaan. Sis dah baca cara memulakan perniagaan biskut raya ni?

Bisnes kuih muih adalah salah satu daripada bisnes makanan yg tak lapuk dek panas dan tak lekang dek hujan. Ia sentiasa ada permintaan dari generasi ke generasi. Sudahkah sis baca cara memulakan perniagaan kuih muih ni?

Majlis hari jadi adalah sambutan yg lazim di kalangan jiran-jiran dan rakan-rakan kita. Rugi andai peluang bisnes ini dibazirkan begitu saja. Lagi pun, sis kan suka buat kek? Kenapa tak baca 7 tips memulakan perniagaan kek secara kecil-kecilan ni dulu?

Bisnes makanan luas bidangnya dan sektor ekonomi yang menjanjikan. Kenapa tidak cuba nasib di bidang ini. Sesiapa pun boleh buat, asalkan ada minat. Sebagai permulaan, baca tips memulakan bisnes makanan.

Buat roti manis tapi asyik tak jadi? Kalau jadi pon, keras kematu la pula. Bagi yg tgh cari resepi roti manis confirm jadi, baca resepi roti manis yang selembut sutera ni.

Buat donut tapi asyik tak jadi jer. Kalau hampir jadi pun tapi keras kematu. Baca resepi donut gebu gebas daripada sis ni..

Nak try buat pau untuk minum petang? Dah cuba byk resepi pau tapi tak jadi? Cuba resepi pau putih melepak cinderella inti kacang merah ni pula..

Rakyat Malaysia ramai yg menceburi Bisnes Bakeri. Kali ini, akan dikongsikan 10 idea bisnes bakeri yang mungkin boleh korang cuba..

Baca 7 tips buat roti di rumah yang pasti menjadi ini. Dijamin pasni korang akan boleh buat roti yang cantik dan tanpa gagal setiap kali..

Siapa yang tidak kenal roti? Adunan tepung dan air yang mengandungi karbohidrat. Jom lihat 14 fakta menarik roti yang mungkin anda belum tahu ini..

Leave a Comment

error: Content is protected !!