Kali ni kita akan berbual mengenai 7 tips memulakan perniagaan kek secara kecil-kecilan. Setiap kali tiba majlis ulang tahun atau hari jadi, hidangan kek pastinya tidak akan dilupakan. Dah macam wajib pun ada. Kalau kek untuk kanak-kanak semestinya ada hiasan yg menyerupai watak kartun kegemaran. Budak pompuan biasa mmg watak-watak princess la kan. Sekarang ni dah jadi trend kek hari jadi masuk duit kat dalam. Bila tarik hiasan atas kek hari jadi tu, duit pun terbang sekali. Oh.. Seronok ya amat!
Isi Kandungan
Di sebalik keriangan menyambut hari jadi si manja, kek yang dihasilkan pasti ada pembuatnya bukan? Pada kebiasannya, beli saja dari kedai kek. Tapi ramai juga yang berminat untuk menempah ‘custom made’ kek hari jadi melalui home baker seperti sis. Antara kelebihan kek tempah ni kita boleh pilih perisa dan design sendiri.
Menjadi seorang home baker ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin berjinak-jinak dalam dunia perniagaan dan mahu memulakan perniagaan kek secara kecil-kecilan.
Jadi untuk sis yang bercadang untuk memulakan perniagaan kek secara sambilan dari rumah. Inilah dia 7 tips memulakan perniagaan kek secara kecil-kecilan dan juga merupakan rahsia kejayaan untuk menjadi seorang home baker yang berjaya.
Dapatkan ilmu
Pertama sekali, sebelum memulakan sesuatu, sis hendaklah mendapatkan ilmu tentang bidang yang ingin sis ceburi. Jika sis berminat menjalankan perniagaan kek , belajarlah dari orang yang berpengalaman atau institusi yang berkaitan.
Banyak tempat dimana sis boleh belajar membuat kek. Saya sendiri walaupun telah mengikuti pelbagai kursus, tetapi masih lagi berminat untuk belajar.
Pendek kata, proses pembelajaran jangan terhenti walaupun kita sudah pandai membuat kek. Mungkin ada idea-idea baru yang belum kita pelajari.
Memanglah memerlukan wang, tetapi ilmu yang dipelajari akan mendatangkan lebih wang kepada kita. Ada seorang rakan saya yang sanggup mengeluarkan RM1,000 untuk belajar membuat roti selama sehari dari seorang pakar.
Pelaburannya tidak sia-sia kerana beliau kini mengusahakan perniagaan roti dari bengkel belakang rumahnya.
Mempraktikkan ilmu
Kedua, selepas sis mendapat ilmu, sekarang praktikkan apa yang telah dipelajari tu. Ada sesetengah orang, lepas belajar, notanya terus disimpan dalam laci. Jadi ilmu itu menjadi sia-sia.
Cuba buat resipi yang dah dipelajari. Mungkin cubaan pertama kurang menjadi. Biasanya memang begitu.
Jangan cepat berputus asa, cuba lagi hingga sis berpuas hati dengan kek yang sis hasilkan. Bila kita hendak mula menjual, pastikan mutu kek itu memuaskan. Samada dari segi rupa, bentuk mahupun rasanya.
Alkisah pengalaman kawan saya yang membeli kek lapis sarawak dari seorang penjual. Harganya satu biji RM90. Tengok dari gambar memang cantik. Apabila melihat kek yang dihantar, masyaallah tak seperti dalam gambar.
Pelanggan tidak berpuashati dengan si penjual, mengutuk lagi di belakang. Ini akan menjadi satu promosi yang tidak baik. Pastikan pelangan sis berpuashati dengan produk kek yang dijual. Promosi mulut ke mulut adalah sangat berkesan.
Promosi
Ketiga, untuk permulaan, promosi sis berkisar pada orang-orang di sekeliling sahaja dulu. Sis hendaklah bermulut manis (hati pun mesti baik) kepada jiran-jiran, rakan-rakan dan saudara-mara.
Jangan lokek untuk menghadiahkan sebiji kek kepada jiran yang membuat kenduri atau membawa beberapa biji kek pulang ke kampung semasa hari raya. Pendek kata, sis hendaklah menjadi orang yang pemurah dengan memberi kek percuma kepada orang-orang di sekeliling sis.
Jika sedap, pasti mereka akan membuat tempahan. Tentang harga, kek sis hendaklah lebih murah dari kek orang lain atau dari kedai. Maklumlah harga kawan-kawan kan. Tetapi pastikan masih ada untung.
Untuk promosi juga, sis boleh mencetak flyers yang menyatakan perniagaan sis dan hantar ke rumah-rumah di kawasan kejiranan anda. Jika ada internet, sis boleh membuat blog sendiri untuk mengiklankan produk sis.
Menjaga Pelanggan
Keempat, setelah sis mendapat tempahan, berusahalah memenuhi tempahan tersebut. Misalnya jika pelanggan hendak kek 2kg, sedangkan sis tiada tin yang besar, berusahalah mencarinya.
Jika pelanggan hendak esok, usahakan untuk memenuhinya. Kepercayaan pelanggan sangat-sangat penting. Jika mereka sudah percaya kepada sis , tempahan akan bertalu-talu datang. Saya jamin.
Sikap Yang Positif
Kelima, jangan mengharapkan kejayaan datang sekelip mata. Kejayaan tidak akan datang tanpa kerja keras. Kerja keras yang tidak pernah mengenal erti jemu.
Memanglah penat, tetapi fikirkan tentang matlamat sis untuk berjaya dalam bidang ini. Fikirkan apa yang sis buat itu adalah semata-mata kerana jihad kita kepada Allah SWT dan mencari rezeki yang halal untuk keluarga. Insyaallah, semangat itu tidak akan pudar.
Peralatan yang cukup
Keenam, walaupun perniagaan kek sis secara kecil-kecilan, peralatan sangat penting bagi mendapat produk yang bagus. Sekurang-kurangnya sis perlu ada ketuhar dan pengadun (mixer) yang bagus.
Pembungkusan juga penting bagi menunjukkan kepada pelanggan bahawa sis serius dalam perniagaan kek ini. Misalnya, gunakan kotak kek yg cantik dan nampak eksklusif.
Mendaftarkan perniagaan
Ketujuh, setelah sis yakin dengan potensi perniagaan kek ini, sis boleh mendaftarkan perniagaan sis dengan pendaftar perniagaan. Kemudian bolehlah mengikuti kursus-kursus keusahawanan anjuran MARA dan agensi-agensi lain yg berkaitan. Seterusnya sis boleh membuat pinjaman untuk membesarkan perniagaan sis.
Kesimpulan, kejayaan tidak akan dikecapi dalam masa yang singkat. Sis perlu bersabar menghadapi sebarang masalah dan jangan cepat berputus asa.
Tingkatkan ilmu dari segi produk atau pengurusan perniagaan seperti membuat akaun dan sebagainya. Salah satu kelemahan usahawan kita ialah cepat sangat berpuas hati dan tidak mahu menambahkan ilmu sedangkan ilmu dalam apa bidangpun sentiasa berkembang.
Oleh itu, berusahalah untuk mencapai apa yang sis impikan. Tidak mustahil, impian sis akan menjadi kenyataan.
Oh, ya.. Jika sis benar-benar serius mahu memulakan perniagaan kek secara kecil-kecilan dari rumah. Dicadangkan panduan memulakan bisnes bakeri dari rumah di bawah. Kenapa bakeri pula tu? Sebab kek ni adalah salah satu daripada cabang bakeri.
Mahal Ker Panduan Cara Memulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah Ni?
Dengan hanya melaburkan RM30, sis sudah bersedia memulakan perniagaan kek secara kecil-kecilan sendiri.
Dengan hanya melaburkan RM30, sis sudah boleh membantu meringankan beban suami.
Dan dengan hanya melaburkan RM30 ini juga, sis sudah mampu meningkatkan pendapatan family. Demi kebahagiaan anak-anak. Untung giler kan..
RM30 tu kalau beli topup utk sebulan, hampir tak cukup pun. Apa lagi lagi kalau kuat layan youtube atau stream drama-drama korea. Last-last RM30 tu hilang camtu jer dibawa angin..
Dapatkan panduan cara memulakan bisnes bakeri di bawah. Ia terbukti telah membantu ramai suri rumah menambah pendapatan family.
Nota: Panduan ini adalah rujukan umum memulakan perniagaan bakeri dari rumah (juga sesuai dijadikan sebagai garis panduan sebelum memulakan perniagaan kek secara kecil-kecilan).
Demikianlah 7 tips memulakan perniagaan kek secara kecil-kecilan yg sempat dikongsikan kali ini.
Selamat memulakan perniagaan kek buat sis!
Penutup
Untuk menambah kemahiran bakeri sis, boleh baca dimana nak belajar membuat roti dan cara nak belajar buat kek ini.
Bagi yg baru nak berjinak-jinak dalam bidang bakeri, sis boleh baca jenis-jenis & kepelbagaian roti ni.
Eh.. Sis dah baca bagaimana cara memulakan bisnes bakeri dari rumah ini?
Cookies adalah produk bakeri yg evergreen dan mempunyai permintaan sepanjang tahun. Sis dah baca cara memulakan perniagaan cookies dari rumah ini?
Jangan tak tahu, biskut raya adalah sejenis bisnes yg amat menguntungkan. Apatah lagi bila masuk musim perayaan. Sis dah baca cara memulakan perniagaan biskut raya ni?
Bisnes kuih muih adalah salah satu daripada bisnes makanan yg tak lapuk dek panas dan tak lekang dek hujan. Ia sentiasa ada permintaan dari generasi ke generasi. Sudahkah sis baca cara memulakan perniagaan kuih muih ni?
Bisnes makanan adalah bidang perniagaan yg menjanjikan. Sayang sekali kalau peluang ini disia-siakan. Lagi pula, sis pandai memasak kan? Kenapa bazirkan bakat yg ada? Ketahui 7 tips memulakan bisnes makanan secara kecil-kecilan ni utk mengintai peluang yg ada.
Sis dah try resepi roti manis yang selembut sutera ni? Cubalah. Boleh buat hidangan utk minum petang family. Anak-anak pasti suka!