7 Tips Memulakan Bisnes Makanan Secara Kecil-Kecilan

Kali ni kita akan berbual mengenai 7 tips memulakan bisnes makanan secara kecil-kecilan. Makanan dan bisnes sememangnya tidak dapat dipisahkan. Ini kerana, makanan merupakan salah satu keperluan asas bagi manusia dan bisnes pula wujud bagi memastikan kita dapat memenuhi keperluan hidup. Ramai yang menyedari hakikat ini, dan ini menjadikan bisnes makanan suatu yang tidak lapuk dek zaman.

7 Tips Memulakan Bisnes Makanan Secara Kecil-Kecilan

Sebetulnya, konsep bisnes dari rumah telah lama wujud. Namun bezanya dengan sekarang ialah dahulu ianya tidak begitu dikenali dan kurang diketahui dek kerana jaringan komunikasi yg belum pesat.

Sejajar dengan perkembangan teknologi, bisnes makanan dari rumah telah menjadi satu ‘trend’. Sementelah lagi di zaman ekonomi tidak menentu ini dan melihat kepada konsepnya yang menguntungkan, bisnes makanan dari rumah kedengaran seperti sesuatu yang menjanjikan.

Kepada sis yang mungkin sedang mempertimbangkan sama ada mahu meneruskannya atau tidak. Jawapannya ialah: Teruskan saja!

Kerana belum cuba belum tahu. Dan bagi membantu menyenangkan kerja sis, di sini saya senaraikan 7 tips memulakan bisnes makanan secara kecil-kecilan untuk sis mengorak langkah pertama menjadi seorang usahawan bisnes makanan dari rumah!

Oh.. ya, dan supaya sis tidak tersalah anggap kerana bisnes makanan boleh dibahagikan kepada dua yang utama yakni:

  1. Makanan berat (nasi, lauk, sayur dan seumpamanya)
  2. Bakeri (kuih, cookies, kek, biskut, bun dan sepertinya)

Kali ini kita berbicara mengenai bisnes makanan di bahagian bakeri. Ok..

Dapatkan ilmu

Pertama sekali, sebelum memulakan sesuatu, sis hendaklah mendapatkan ilmu tentang bidang yang ingin sis ceburi. Jika sis berminat menjalankan bisnes makanan , belajarlah dari orang yang berpengalaman atau institusi yang berkaitan.

Banyak tempat dimana sis boleh belajar membuat bakeri. Saya sendiri walaupun telah mengikuti pelbagai kursus, tetapi masih lagi berminat untuk belajar.

Pendek kata, proses pembelajaran jangan terhenti walaupun kita sudah pandai membuat produk bakeri. Mungkin ada idea-idea baru yang belum kita pelajari.

Memanglah memerlukan wang, tetapi ilmu yang dipelajari akan mendatangkan lebih wang kepada kita. Ada seorang rakan saya yang sanggup mengeluarkan RM1,000 untuk belajar membuat roti selama sehari dari seorang pakar.

Pelaburannya tidak sia-sia kerana beliau kini mengusahakan perniagaan roti dari bengkel belakang rumahnya.

Mempraktikkan ilmu

Kedua, selepas sis mendapat ilmu, sekarang praktikkan apa yang telah dipelajari tu. Ada sesetengah orang, lepas belajar, notanya terus disimpan dalam laci. Jadi ilmu itu menjadi sia-sia.

Cuba buat resipi yang dah dipelajari. Mungkin cubaan pertama kurang menjadi. Biasanya memang begitu.

Jangan cepat berputus asa, cuba lagi hingga sis berpuas hati dengan produk bakeri yang sis hasilkan. Bila kita hendak mula menjual, pastikan mutu produk bakeri itu memuaskan. Samada dari segi rupa, bentuk mahupun rasanya.

Alkisah pengalaman kawan saya yang membeli kek lapis sarawak dari seorang penjual. Harganya satu biji RM90. Tengok dari gambar memang cantik. Apabila melihat kek yang dihantar, masyaallah tak seperti dalam gambar.

Pelanggan tidak berpuashati dengan si penjual, mengutuk lagi di belakang. Ini akan menjadi satu promosi yang tidak baik. Pastikan pelangan sis berpuashati dengan produk bakeri yang dijual. Promosi mulut ke mulut adalah sangat berkesan.

Promosi

Ketiga, untuk permulaan, promosi sis berkisar pada orang-orang di sekeliling sahaja dulu. Sis hendaklah bermulut manis (hati pun mesti baik) kepada jiran-jiran, rakan-rakan dan saudara-mara.

Jangan lokek untuk menghadiahkan sebalang dua kuih kepada jiran yang membuat kenduri atau membawa beberapa balang cookies pulang ke kampung semasa hari raya. Pendek kata, sis hendaklah menjadi orang yang pemurah dengan memberi produk bakeri percuma kepada orang-orang di sekeliling sis.

Jika sedap, pasti mereka akan membuat tempahan. Tentang harga, produk bakeri sis hendaklah lebih murah dari produk bakeri orang lain atau dari kedai. Maklumlah harga kawan-kawan kan. Tetapi pastikan masih ada untung.

Untuk promosi juga, sis boleh mencetak flyers yang menyatakan perniagaan sis dan hantar ke rumah-rumah di kawasan kejiranan anda. Jika ada internet, sis boleh membuat blog sendiri untuk mengiklankan produk sis.

Menjaga Pelanggan

Keempat, setelah sis mendapat tempahan, berusahalah memenuhi tempahan tersebut. Misalnya jika pelanggan hendak 20 balang cookies, sedangkan sis tidak cukup balang yang besar, berusahalah mencarinya.

Jika pelanggan hendak esok, usahakan untuk memenuhinya. Kepercayaan pelanggan sangat-sangat penting. Jika mereka sudah percaya kepada sis , tempahan akan bertalu-talu datang. Saya jamin.

Sikap Yang Positif

Kelima, jangan mengharapkan kejayaan datang sekelip mata. Kejayaan tidak akan datang tanpa kerja keras. Kerja keras yang tidak pernah mengenal erti jemu.

Memanglah penat, tetapi fikirkan tentang matlamat sis untuk berjaya dalam bidang ini. Fikirkan apa yang sis buat itu adalah semata-mata kerana jihad kita kepada Allah SWT dan mencari rezeki yang halal untuk keluarga. Insyaallah, semangat itu tidak akan pudar.

Peralatan yang cukup

Keenam, walaupun bisnes makanan sis secara kecil-kecilan, peralatan sangat penting bagi mendapat produk yang bagus. Sekurang-kurangnya sis perlu ada ketuhar dan pengadun (mixer) yang bagus.

Pembungkusan juga penting bagi menunjukkan kepada pelanggan bahawa sis serius dalam bisnes makanan ini. Misalnya, gunakan balang yg cantik dan nampak eksklusif dengan sticker bisnes makanan sis.

Mendaftarkan perniagaan

Ketujuh, setelah sis yakin dengan potensi bisnes makanan ini, sis boleh mendaftarkan perniagaan sis dengan pendaftar perniagaan. Kemudian bolehlah mengikuti kursus-kursus keusahawanan anjuran MARA dan agensi-agensi lain yg berkaitan. Seterusnya sis boleh membuat pinjaman untuk membesarkan perniagaan sis.

Kesimpulan, kejayaan tidak akan dikecapi dalam masa yang singkat. Sis perlu bersabar menghadapi sebarang masalah dan jangan cepat berputus asa.

Tingkatkan ilmu dari segi produk atau pengurusan perniagaan seperti membuat akaun dan sebagainya. Salah satu kelemahan usahawan kita ialah cepat sangat berpuas hati dan tidak mahu menambahkan ilmu sedangkan ilmu dalam apa bidangpun sentiasa berkembang.

Oleh itu, berusahalah untuk mencapai apa yang sis impikan. Tidak mustahil, impian sis akan menjadi kenyataan.

Oh, ya.. Jika sis benar-benar serius mahu memulakan bisnes makanan secara kecil-kecilan dari rumah. Dicadangkan panduan memulakan bisnes bakeri dari rumah di bawah.

Mahal Ker Panduan Cara Memulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah Ni?

Dengan hanya melaburkan RM30, sis sudah bersedia memulakan bisnes makanan secara kecil-kecilan sendiri.

Dengan hanya melaburkan RM30, sis sudah boleh membantu meringankan beban suami.

Dan dengan hanya melaburkan RM30 ini juga, sis sudah mampu meningkatkan pendapatan family. Demi kebahagiaan anak-anak. Untung giler kan..

RM30 tu kalau beli topup utk sebulan, hampir tak cukup pun. Apa lagi lagi kalau kuat layan youtube atau stream drama-drama korea. Last-last RM30 tu hilang camtu jer dibawa angin..

Dapatkan panduan cara memulakan bisnes bakeri di bawah. Ia terbukti telah membantu ramai suri rumah menambah pendapatan family.

Panduan lengkap memulakan bisnes makanan secara kecil-kecilan

Nota: Panduan ini adalah rujukan umum memulakan perniagaan bakeri dari rumah (juga sesuai dijadikan sebagai garis panduan sebelum memulakan bisnes makanan secara kecil-kecilan).

Demikianlah 7 tips memulakan bisnes makanan secara kecil-kecilan yg sempat dikongsikan kali ini.

Selamat memulakan bisnes makanan buat sis!

Penutup

Untuk menambah kemahiran bakeri sis, boleh baca dimana nak belajar membuat roti dan cara nak belajar buat kek ini.

Bagi yg baru nak berjinak-jinak dalam bidang bakeri, sis boleh baca jenis-jenis & kepelbagaian roti ni.

Eh.. Sis dah baca bagaimana cara memulakan bisnes bakeri dari rumah ini?

Cookies adalah produk bakeri yg evergreen dan mempunyai permintaan sepanjang tahun. Sis dah baca cara memulakan perniagaan cookies dari rumah ini?

Jangan tak tahu, biskut raya adalah sejenis bisnes yg amat menguntungkan. Apatah lagi bila masuk musim perayaan. Sis dah baca cara memulakan perniagaan biskut raya ni?

Bisnes kuih muih adalah salah satu daripada bisnes makanan yg tak lapuk dek panas dan tak lekang dek hujan. Ia sentiasa ada permintaan dari generasi ke generasi. Sudahkah sis baca cara memulakan perniagaan kuih muih ni?

Majlis hari jadi adalah sambutan yg lazim di kalangan jiran-jiran dan rakan-rakan kita. Rugi andai peluang bisnes ini dibazirkan begitu saja. Lagi pun, sis kan suka buat kek? Kenapa tak baca 7 tips memulakan perniagaan kek secara kecil-kecilan ni dulu?

Sis dah try resepi roti manis yang selembut sutera ni? Cubalah. Boleh buat hidangan utk minum petang family.

1 thought on “7 Tips Memulakan Bisnes Makanan Secara Kecil-Kecilan”

Leave a Comment

error: Content is protected !!