Pada kali ini kita akan berbual mengenai bagaimana cara memulakan bisnes bakeri dari rumah dan menjana pendapatan sampingan 3 ke 4 angka sebulan. InsyaAllah. Apa pendapat sis, andainya sis berupaya menjana pendapatan RM700 hingga RM1,500 setiap bulan secara sampingan (dengan konsisten) dan hanya dari keselesaan rumah?
Isi Kandungan
Mesti best kan!
Sedikit sebanyak, pasti ianya akan dapat membantu kehidupan sis sekeluarga bukan?
Tidak perlu diperkatakan lagi, kos sara hidup sekarang sememangnya amat tinggi. Dengan harga sayur-mayur yg melambung-lambung. Belum masuk barang-barang lain lagi!
Jika kita hanya sekadar mengharapkan pendapatan suami sahaja untuk menampung kos kehidupan sekeluarga, ia sememangnya agak sukar dan agak membebankan.
Tambah-tambah lagi jika kita turut mempunyai anak-anak yang ramai. Harga makanan, sayur-mayur, susu, lampin pakai buang, yuran tadika/taska dan lain-lain. Semuanya semakin mahal dan harganya sentiasa naik saban tahun.
Jadi, mahu atau tidak kita perlu berusaha dan berikhtiar untuk menambahkan pendapatan keluarga.
Tapi Walaupun Cantik, Saya Pemalu, Tidak Pandai Menjual Dan Perlu Uruskan Anak-Anak Di Rumah!
Saya tahu sis cantik orangnya. Jangan kata sis, saya sendiri pun ‘agak’ pemalu, tidak tahu menjual dan perlu menjaga buah hati di rumah. Sememangnya, ada banyak cara dan peluang untuk menambahkan pendapatan di luar sana.
Namun begitu, kebanyakkan cara tersebut memerlukan kita untuk keluar dari keselesaan rumah dan pergi menjual atau menjaja.
“Sudahlah kita ni jenis pemalu orangnya. Seumur hidup tak pernah menjual barang. Now disuruh pula pergi cari orang dan menjual barang. Oh.. Memang mengerikan!”
“Dah kalau saya asyik sibuk pergi menjual dan berjumpa dengan orang! Siapa pula yang nak jaga & uruskan anak-anak saya di rumah?”
Inilah dilema yang sering terjadi kepada golongan ibu serta suri rumah yang mahu menjana pendapatan sampingan untuk keluarga.
Kita mahu membuat bisnes atau kerja part time. Tapi, dalam masa yang sama, kita agak sukar untuk keluar dari rumah sebab perlu menguruskan anak-anak dan rumahtangga di rumah.
Disebabkan itulah maka membuat bisnes bakeri secara sambilan dari rumah adalah merupakan salah satu cara yang terbaik.
Mengapa Bisnes Bakeri Dari Rumah?
Banyak alasan mengapa bisnes bakeri adalah cara yang paling baik untuk sis menambahkan pendapatan secara sampingan dari rumah. Jom kita lihat satu-persatu ya..
Kos Pemulaan Yang Kecil
Memandangkan sis memulakan bisnes bakeri ini hanya dari rumah, jadi kita tidak perlu membayar sewa kedai dan tidak perlu membeli peralatan-peralatan yang besar dan mahal seperti rak simpanan kek, mesin juruwang, peti ais besar dan sebagainya.
Sis juga tidak perlu membayar kos pekerja yang hanya bertugas untuk menjaga kaunter sepanjang masa.
Pendek kata, sis boleh bermula hanya dari rumah dan menggunakan peralatan-peralatan yang sudah sedia ada di dapur!
Tidak Perlu Terlalu Menjual
Untuk menjual produk bakeri, sis tidak perlu bersusah-payah menerangkan tentang produk sehingga berbuih-buih mulut. Seperti yang terpaksa dilakukan oleh penjual produk-produk MLM. Cukup sekadar sis menunjukkan gambar dan harga. Kalau pelanggan suka, mereka akan order!
Hanya Buat Berdasarkan Tempahan
Ini adalah kelebihan besar bisnes bakeri dari rumah. Sis tak perlu buat kuih sepanjang masa. Sis hanya perlu membuat kuih / kek / roti hanya selepas sis mendapat tempahan sahaja. Jadi, tiada risiko kuih / kek / roti sis tidak habis dijual sepertimana yang kerap berlaku di kedai-kedai bakeri yang terpaksa membuang kuih serta roti-roti mereka yang tidak habis dijual. Sedih kan..
Urusan Rumahtangga Masih Terjaga
Yup, ini yg paling penting. Memandangkan sis hanya membuat kuih di dalam rumah, maka kita masih lagi boleh mendidik dan menguruskan anak-anak seperti biasa. Urusan kerja dalam rumah juga masih boleh diteruskan seperti selalu.
Perkara ini sudah pastinya akan melegakan perasaan si suami yang mungkin risau. Andainya sis terabai urusan rumahtangga. Terutama anak-anak, apabila sudah sibuk berniaga.
Permintaan Produk Home-Made Bakeri Sangat Tinggi!.
Kek Lapis, Kek Cheese, Fruit Tart, Roti Jala, Cupcake, Muffin, Cheese Tart, Coklat Homemade, Kek Coklat, Kuih-muih dan pelbagai lagi produk bakeri sentiasa dicari-cari oleh orang ramai setiap hari dan sepanjang tahun.
Tidak kira, sama ada untuk dijamah secara santai ketika minum petang. Mahupun untuk majlis-majlis keraian seperti majlis harijadi, majlis pertunangan, perkahwinan, kenduri, majlis tahlil, rumah terbuka. Bahkan untuk majlis-majlis korporat seperti seminar, mesyuarat ataupun hari keluarga. Boleh dikatakan, hampir saban minggu akan ada sahaja majlis yang diadakan.
Lebih-lebih lagi bila masuk musim perayaan (Tahun Baru Cina / Aidilfitri) dan musim cuti sekolah (Disember). Hampir setiap hari akan ada sahaja majlis rumah terbuka atau majlis perkahwinan diadakan. Kadang-kadang memang tak cukup tangan dan terpaksa tolak beberapa tempahan dari pelanggan.
Jadi, Macam Mana Cara Memulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah?
Dalam apa jua bidang pun, kalau kita mula dari kosong sememangnya akan ada banyak pertanyaan dan persoalan yang bermain di fikiran. Begitu juga apabila sis mahu memulakan bisnes bakeri ini.
Antara soalan yang bermain di fikiran adalah..
- Nak buat kuih apa? Kuih karipap ke? Donut ke? Roti jala ke? Muffin Cake ke? Cheese Tart? Cup cake? Kek coklat?
- Di mana nak belajar buat kuih?
- Kuih apa yang paling banyak permintaan?
- Berapa nak letak harga? Tak mahal sangat ker?
- Macam mana nak kira kos produk?
- Apa peralatan yang diperlukan?
- Macam mana nak buat promosi / marketing?
- Macam mana nak daftar perniagaan supaya tidak kena saman dengan SSM?
Banyak pula kebimbangan yg berlegar di fikiran kan?
Tapi jangan bimbang dan jangan risau. Semua jawapan bagi persoalan di atas, telah pun disediakan jawapan di dalam panduan di bawah.
Panduan Cara Memulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah
Sekarang, sis sudah tidak perlu pening-pening kepada lagi.
Panduan ini sudah sediakan info yang lengkap untuk membantu sis memulakan perniagaan bakeri dari rumah.
Segala info serta perkara yang sis perlu tahu dan mesti tahu untuk memulakan bisnes bakeri dari rumah, ada di dalam eBook ini.
Apakah Yang Terdapat Dalam Panduan Cara Memulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah Ini?
Berikut adalah maklumat-maklumat penting yang terkandung dalam panduan ini serta manfaat yang bakal sis perolehi setelah sis habis membaca keseluruhan panduan ini.
BAB 0: PENDAHULUAN
Di bahagian pendahuluan ini sis akan mendapat gambaran jelas tentang industri bisnes bakeri serta mengapa menjalankan bisnes bakeri dari rumah adalah langkah yang terbaik bagi sis.
Juga disenaraikan 6 sebab mengapa pembeli lebih gemar membeli bakeri dari pembuat-pembuat bakeri dari rumah (home made product) berbanding dari kilang atau kedai.
Selain itu, sis juga diberikan jadual perbandingan antara menjalankan bisnes bakeri dari rumah dengan binses bakeri di kedai. Jadi, sis boleh lihat dengan jelas setiap kelebihan dan kekurangannya.
Sis pasti akan teruja dan bertambah bersemangat untuk memulakan bisnes bakeri sis dari rumah dengan segera setelah membaca bahagian pendahuluan ini.
BAB 1 : FORMULA 2M+2P
Ini adalah formula yang sis boleh gunakan untuk memulakan bisnes bakeri dari rumah. Ianya adalah formula yang akan membuatkan sis terus bersemangat dan bermotivasi untuk meneruskan perniagaan bakeri dari rumah.
Di dalam bab ini juga, dikongsikan tip bagaimana untuk memilih produk bagi bisnes bakeri sis itu nanti. Jika sis pening-pening tak tahu nak buat produk apa untuk bisnes bakeri sis tu, bab ini akan menjelaskan kepada sis tentang strategi pemilihan produk.
Nak pilih produk pun kena ada strategi, tak boleh sekadar main buat je.
BAB 2 : DIMANA MAHU BELAJAR BAKERI?
Ini adalah bab untuk sis yang masih kurang mahir membuat pelbagai jenis kuih & kek (produk bakeri). Ada beberapa jenis kelas serta tempat yang boleh sis rujuk untuk belajar membuat produk-produk bakeri.
Ada yang berbayar dan ada yang percuma. Tapi sebelum pergi mana-mana kelas tu, kena tetapkan dulu kuih apa yang sis mahu belajar. Barulah tak rugi sis pergi belajar. Nanti dah tahu buat tapi tak minat la pula.
BAB 3 : EMPAT LANGKAH MEMBUKA BISNES BAKERI
Minat dan sebab dah ada. Itu dah bagus. Ilmu buat bakeri pun dah ada. Lagi la bagus. Kini secara rasminya sis mahu memulakan perniagaan bakeri sis dari rumah.
Dalam bab ini sis akan ditunjukkan langkah-langkah untuk mendaftarkan perniagaan sis dan membuka akaun bank bagi perniagaan sis.
Ianya bukan sahaja penting untuk memastikan perniagaan sis mematuhi undang-undang, tapi juga dapat meningkatkan kredbiliti dan kepercayaan pelanggan terhadap perniagaan sis.
BAB 4 : SENARAI PERALATAN DAN KOS
Dalam bab ini, disenaraikan peralatan-peralatan yang sis perlukan untuk menjalankan perniagaan bakeri sis. Mungkin sis tidak perlukan semua peralatan tersebut. Tetapi sekurang-kurangnya, sis tahu apakah kegunaan setiap peralatan serta berapakah kosnya sekiranya diperlukan kelak.
BAB 5 : CARA MENGIRA & MENETAPKAN HARGA JUALAN
Ini adalah bab yang paling penting. Ramai pengusaha bisnes bakeri tidak mengira harga kos dengan betul dan sekadar main agak-agak sahaja. Akibatnya, order dari pelanggan dapat banyak tapi duit untung tak nampak. Hanya sekadar dapat penat sahaja. Memang tak berbaloi.
Ada dua kaedah untuk menentukan harga jualan produk bakeri sis. Akan ditunjukkan kedua-dua kaedah pengiraan di dalam bab ini.
BAB 6 : TEKNIK PROMOSI
Sedap macam mana pun kuih sis, tetapi jika tiada siapa yang tahu dan beli. Ianya tidak membawa apa-apa makna. Oleh itu, bab ini juga adalah antara bab yang terpenting untuk bisnes bakeri sis.
Disenaraikan lapan (8) kaedah promosi yang boleh sis gunakan untuk mempromosikan produk-produk bakeri sis. Ianya merangkumi kaedah promosi secara online dan juga offline.
BAB 7 : LIMA KESILAPAN BISNES BAKERI
Setelah menjalankan bisnes bakeri ini dari rumah. Dan produk sis sudah mula mendapat perhatian dan permintaan. Ada beberapa hal yang pasti akan sis hadapi.
Jadi, awas kepada lima hal ini.
Jika sis tidak hadapi lima hal ini dengan betul, ianya mungkin akan mengugat perniagaan bakeri sis. Silap haribulan, sis mungkin akan berasa penat dan mahu berputus asa menjalankan bisnes bakeri sis.
BAB 8 : SEMBILAN CABARAN BISNES BAKERI & CARA MENANGANINYA
Walaupun sis hanya menjalankan bisnes bakeri dari rumah, jangan sangka ianya tiada cabaran.
Dalam bab ini disenaraikan sembilan (9) cabaran yang mungkin akan sis perlu hadapi dan bagaimanakah cara untuk mengatasinya.
Berikut empat daripadanya..
- Cabaran persaingan harga
- Kenaikan kos harga barang mentah
- Bahan mentah habis stok
- Supplier stop bekalan
Itu adalah antara cabaran yang mungkin akan sis hadapi. Ketahui kesemuanya dan bagaimanakah cara menangani setiap satu daripadanya dalam bab ini!
BAB 9 : BAGAIMANA MENJANA RM2,000 SEBULAN
Inilah bab yang sis dan pembaca lain tunggu-tunggu. Dalam bab ini, dikongsikan strategi bagaimana untuk menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan untuk perniagaan bakeri dari rumah yang sis jalankan.
Akan ditunjukkan cara dengan hanya menjual 2 jenis produk sahaja, sis sudah boleh mencapainya. Siap sekali ditunjukkan kira-kira untuk kos penghasilan produk serta sasaran jualan yang perlu dilakukan setiap bulan.
BAB 10 : SEPULUH TIPS EXTRA BISNES BAKERI
Ini adalah bab yang terakhir. Dalam bab ini dikongsikan spuluh (10) tips yang dirasakan amat penting untuk memastikan produk yang dihasilkan sedap, enak dan berkualiti tinggi.
Tips-tips yang diberikan adalah berdasarkan pengalaman sebenar penulis menjalankan bisnes bakeri sejak 6 tahun yang lalu. Sis mungkin tidak akan menjumpai tip ini di mana-mana tempat.
Fuh, demikianlah isi-isi kandungan yang bakal sis perolehi melalui panduan ini. Memang berbaloi kan?
Mahal Ker Panduan Cara Memulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah Ni?
Dengan hanya melaburkan RM30, sis sudah bersedia memulakan bisnes bakeri sendiri. Dengan hanya melaburkan RM30, sis sudah boleh membantu meringankan beban suami. Dan dengan hanya melaburkan RM30 ini juga, sis sudah mampu meningkatkan pendapatan family. Demi kebahagiaan anak-anak. Untung giler.
Dapatkan panduan cara memulakan bisnes bakeri di bawah. Ia terbukti telah membantu ramai suri rumah menambah pendapatan family.
Selamat memulakan bisnes bakeri dari rumah!
Penutup
Untuk menambah kemahiran bakeri sis, boleh baca dimana nak belajar membuat roti dan cara nak belajar buat kek ini.
Bagi yg baru nak berjinak-jinak dalam bidang bakeri, sis boleh baca jenis-jenis & kepelbagaian roti ni.
Permintaan cookies atau kukis adalah tinggi pada sepanjang tahun. Jom baca cara memulakan perniagaan cookies dari rumah ni.
Menjelang puasa dan apabila semakin menghampiri aidilfitri, permintaan biskut raya mencanak tinggi. Kalau pandai ambil peluang, memang sampai tak menang tangan melayan tempahan jiran dan kawan. Sis dah baca cara memulakan perniagaan biskut raya ni?
Nak jual kuih-muih ni bukan asal boleh aje. Silap-silap haribulan, untung tidak, malahan rugi. Sebab tu, sebelum mula, elok sgt klu sis baca dulu cara memulakan perniagaan kuih muih ni.
Adakah impian sis menjadi seorang home baker yg berjaya? Sis suka sangat buat kek yg cantik-cantik? Kalau begitu, sis kena baca 7 tips memulakan perniagaan kek secara kecil-kecilan ni.
Bisnes makanan adalah bidang perniagaan yg menjanjikan. Sayang sekali kalau peluang ini disia-siakan. Lagi pula, sis pandai memasak kan? Kenapa bazirkan bakat yg ada? Ketahui 7 tips memulakan bisnes makanan secara kecil-kecilan ni utk mengintai peluang yg terbuka luas.
Sis dah try ker resepi roti manis yang selembut sutera ni? Cubalah. Boleh buat hidangan utk minum petang bersama family. Anak-anak pasti suka! Abang pasti senyum sampai ke telinga..