Kali ini kita akan berbual mengenai bagaimana cara memulakan perniagaan kuih muih dari rumah dan menjana pendapatan sampingan 3 ke 4 angka sebulan. InsyaAllah. Apa perasaan sis, sekiranya sis boleh menjana pendapatan RM400 hingga RM1,200 setiap bulan secara sampingan dan hanya dari keselesaan rumah?
Isi Kandungan
Serba-sedikit, pasti ianya akan dapat membantu memperbaiki kehidupan sis sekeluarga bukan?
Tidak dapat dinafikan lagi, kos sara hidup pada masa ini sememangnya amatlah tinggi. Jika kita hanya sekadar mengharapkan pendapatan suami sahaja untuk menampung kos kehidupan sekeluarga, ia tentunya cukup sukar dan cukup membebankan.
Tambah-tambah lagi jika kita memiliki anak-anak yang ramai. Harga makanan, sayur-mayur, susu, lampin pakai buang, yuran tadika/taska dan lain-lain. Semuanya semakin membebankan dan harganya sentiasa meningkat setiap tahun.
Jadi, mahu atau tidak kita perlu berusaha dan berikhtiar untuk menambahkan pendapatan keluarga.
Tapi Walaupun Cantik, Saya Pemalu, Tidak Pandai Menjual, Dan Perlu Uruskan Anak-Anak Di Rumah!
Saya tahu sis cantik orangnya. Itu tak dinafikan..
Mengenai malu. Jangan kata sis, saya sendiri pun pemalu, tidak tahu menjual dan perlu menjaga nak-anak tersayang di rumah.
Iya, memang betul, ada banyak cara dan peluang untuk menambahkan pendapatan di luar sana.
Namun begitu, kebanyakkan cara tersebut memerlukan kita untuk keluar dari keselesaan rumah dan pergi menjual atau menjaja.
“Sudahlah kita ni jenis pemalu orangnya. Seumur hidup tidak pernah menjual barang. Now disuruh pula pergi mencari orang dan menjual barang. Oh.. Memang mengerikan!”
“Dah kalau saya asyik sibuk pergi menjaja dan berjumpa dengan orang, siapa pula yang nak jaga & uruskan anak-anak di rumah?”
Inilah dilema yang sering terjadi kepada golongan ibu serta suri rumah yang mahu menjana pendapatan sampingan untuk keluarga.
Kita mahu membuat bisnes atau kerja part time. Tapi, dalam masa yang sama, kita agak sukar untuk keluar dari rumah sebab perlu menguruskan anak-anak dan rumahtangga.
Disebabkan itulah maka membuat perniagaan kuih muih secara sambilan dari rumah adalah merupakan salah satu cara yang terbaik.
Apa Itu Kuih?
Kuih atau kueh atau kue adalah makanan ringan atau pencuci mulut bersaiz kecil yang biasa ditemui di serata Nusantara termasuk Indonesia, Malaysia, Singapura. Kuih-muih ini pada kebiasaanya mempunyai rasa manis. Namun ada juga yang dengan rasa berlauk.
Perkataan “kuih”, “kueh” dan “kue” ini dipinjam daripada bahasa Hokkien “koe”. Pada asalnya ia merujuk kepada potongan cemilan yang dimasak dari tepung beras. Istilah kuih ini dahulunya khusus merujuk kepada makanan yang dibuat secara kukus menggunakan nasi atau pulut.
Namun, ia kini merangkumi makna yg lebih luas, boleh termasuk bahan makanan seperti kek, puding, biskut ataupun pastri.
Ramuan asas yang ada pada hampir semua kuih tradisional ialah santan, kelapa, gula melaka dan daun pandan.
Kuih-muih tiada masa khusus untuk dihidangkan. Kuih boleh sahaja dihidangkan sebagai kudapan. Namun, kebiasaanya ia lebih lazim dinikmati pada masa sarapan ataupun semasa minum petang bersama minuman panas seperti teh atau kopi.
Selain itu, kuih-muih juga dihidangkan semasa acara keramaian penting seperti hari raya mahupun majlis seperti perkahwinan.
Jenis-Jenis Kuih
Secara asasnya, kuih-muih boleh digolongkan kepada dua:
- Kuih-muih basah atau kue basah (kuih yang cenderung mengandungi isi berair atau lembap).
- Kuih-muih kering atau kue kering (kuih yang mempunyai tekstur kering dimasak secara bakar).
Mengapa Memilih Perniagaan Kuih Muih Dari Rumah?
Banyak sebab mengapa perniagaan kuih muih adalah cara yang terbaik untuk sis menambahkan pendapatan secara sampingan dari rumah. Jom kita lihat satu-persatu.
Modal Pemulaan Yang Kecil
Memandangkan sis memulakan perniagaan kuih muih ini hanya dari rumah, jadi kita tidak perlu membayar sewa kedai dan tidak perlu membeli peralatan-peralatan yang besar dan mahal seperti rak simpanan kek, mesin juruwang, peti ais besar dan sebagainya.
Sis juga tidak perlu membayar kos pekerja yang hanya bertugas untuk menjaga kaunter sepanjang masa.
Pendek kata, sis boleh bermula hanya dari rumah dan menggunakan peralatan-peralatan yang sudah sedia ada di dapur!
Tidak Perlu Terlalu Menjual
Untuk menjual produk kuih muih, sis tidak perlu bersusah-payah menerangkan tentang produk sehingga berbuih-buih mulut. Seperti yang terpaksa dilakukan oleh penjual produk-produk MLM. Cukup sekadar sis menunjukkan gambar dan harga. Kalau pelanggan suka, mereka akan membuat tempahan!
Hanya Buat Berdasarkan Order
Ini adalah kelebihan besar perniagaan kuih muih dari rumah. Sis tak perlu buat kuih muih sepanjang masa.
Sis hanya perlu membuat kuih muih hanya selepas sis mendapat tempahan sahaja. Jadi, tiada risiko kuih muih tidak habis dijual sepertimana yang kerap berlaku di kedai-kedai bakeri yang terpaksa membuang kuih, bun serta roti-roti mereka yang tidak habis dijual. Sedih kan..
Urusan Rumahtangga Masih Terjaga
Yup, ini yg paling penting. Memandangkan sis hanya membuat kuih muih di rumah, maka kita masih lagi boleh mendidik dan menguruskan anak-anak sis seperti biasa. Urusan kerja rumahtangga juga masih boleh diteruskan seperti biasa.
Perkara ini sudah pastinya akan melegakan perasaan suami yang mungkin risau andainya sis terabai urusan rumahtangga terutama anak-anak apabila sibuk berniaga.
Permintaan Produk Home-Made Kuih Muih Sangat Tinggi!
Antara contoh kuih-muih ada seperti Agar-agar kering, Apam hitam manis, Apit-apit, Ceranang, Emas sejemput, Halwa maskat, Jala mas, Karipap, Kuih akak berlauk, Kuih akok, Kuih apam berkuah, Kuih apam tepung beras, Kuih apam dewa, Kuih asam gumpal, Kuih badak berendam, Kuih bangkit, Kuih bakar, Kuih bakar berlauk, Kuih batang buruk, Kuih bengkang, Kuih belebat, kuih bingka nyiur, kuih bingka pulut, Kuih bingka tepung, kuih bingka ubi, Kuih bombay, Kuih bronok dan banyak lagi.
Tidak kira sama ada untuk dijamah secara santai ketika minum petang. Mahupun untuk majlis-majlis keraian seperti majlis harijadi, majlis pertunangan, perkahwinan, kenduri, majlis tahlil, rumah terbuka. Bahkan untuk majlis-majlis korporat seperti seminar, mesyuarat ataupun hari keluarga. Boleh dikatakan, hampir saban minggu akan ada sahaja majlis yang diadakan.
Jadi, Macam Mana Cara Memulakan Perniagaan Kuih Muih Dari Rumah?
Dalam apa jua bidang pun, kalau kita mula dari kosong sememangnya akan ada banyak kerisauan, keraguan, pertanyaan dan persoalan yang bermain di fikiran. Begitu juga apabila sis mahu memulakan perniagaan kuih muih ini.
Antara soalan yang bermain di fikiran adalah..
- Nak buat kuih muih apa?
- Di mana nak belajar buat kuih muih?
- Kuih muih apa yang paling banyak permintaan?
- Berapa nak letak harga? Tak mahal sangat ker?
- Macam mana nak kira kos produk?
- Apa peralatan yang diperlukan?
- Macam mana nak buat promosi / marketing?
- Macam mana nak daftar perniagaan supaya tidak kena saman dengan SSM?
Banyak pula persoalan yg berlegar di fikiran kan?
Tapi jangan bimbang dan jangan risau. Semua jawapan bagi persoalan di atas, telah pun disediakan jawapan di dalam panduan di bawah.
Panduan Cara Memulakan Perniagaan Kuih Muih Dari Rumah
Sekarang, sis sudah tidak perlu pening-pening kepada lagi.
Panduan asas ini sudah sediakan info yang lengkap untuk membantu sis memulakan perniagaan kuih muih dari rumah.
Segala info serta perkara yang sis perlu tahu dan mesti tahu untuk memulakan perniagaan kuih muih (cabang daripada bisnes bakeri), ada di dalam eBook ini.
Apakah Yang Terdapat Dalam Panduan Cara Memulakan Perniagaan Kuih Muih Dari Rumah Ini?
Berikut adalah maklumat-maklumat penting yang terkandung dalam panduan ini serta manfaat yang bakal sis perolehi setelah sis habis membaca keseluruhan panduan ini.
BAB 0: PENDAHULUAN
Di bahagian pendahuluan ini sis akan mendapat gambaran jelas tentang industri perniagaan bakeri serta mengapa menjalankan perniagaan kuih muih dari rumah adalah langkah yang terbaik bagi sis.
Juga disenaraikan 6 sebab mengapa pembeli lebih gemar membeli produk bakeri (termasuk kuih muih) dari pembuat-pembuat kuih muih dari rumah (home made product) berbanding dari kilang atau kedai.
Selain itu, sis juga diberikan jadual perbandingan antara menjalankan perniagaan bakeri dari rumah dengan perniagaan bakeri di kedai. Jadi, sis boleh lihat dengan jelas setiap kelebihan dan kekurangannya.
Sis pasti akan teruja dan bertambah bersemangat untuk memulakan perniagaan kuih muih sis dari rumah dengan segera setelah membaca bahagian pendahuluan ini.
BAB 1 : FORMULA 2M+2P
Ini adalah formula yang sis boleh gunakan untuk memulakan perniagaan kuih muih dari rumah. Ianya adalah formula yang akan membuatkan sis terus bersemangat dan bermotivasi untuk meneruskan perniagaan kuih muih dari rumah.
Di dalam bab ini juga, dikongsikan tip bagaimana untuk memilih produk bagi bisnes bakeri sis itu nanti. Jika sis pening-pening tak tahu nak buat produk apa untuk bisnes bakeri sis tu, bab ini akan menjelaskan kepada sis tentang strategi pemilihan produk.
Nak pilih produk pun kena ada strategi, tak boleh sekadar main buat je.
BAB 2 : DIMANA MAHU BELAJAR BAKERI?
Ini adalah bab untuk sis yang masih kurang mahir membuat pelbagai jenis kuih muih, cookies & kek (produk bakeri). Ada beberapa jenis kelas serta tempat yang boleh sis rujuk untuk belajar membuat produk-produk bakeri.
Ada yang berbayar dan ada yang percuma. Tapi sebelum pergi mana-mana kelas tu, kena tetapkan dulu kuih apa yang sis mahu belajar. Barulah tak rugi sis pergi belajar. Nanti dah tahu buat tapi tak minat la pula.
BAB 3 : EMPAT LANGKAH MEMBUKA PERNIAGAAN KUIH MUIH
Minat dan sebab dah ada. Itu dah bagus. Ilmu membuat kuih muih pun dah ada. Lagi la bagus.
Kini secara rasminya sis mahu memulakan perniagaan kuih muih sis dari rumah.
Dalam bab ini sis akan ditunjukkan langkah-langkah untuk mendaftarkan perniagaan sis dan membuka akaun bank bagi perniagaan sis.
Ianya bukan sahaja penting untuk memastikan perniagaan sis mematuhi undang-undang, tapi juga dapat meningkatkan kredbiliti dan kepercayaan pelanggan terhadap perniagaan sis.
BAB 4 : SENARAI PERALATAN DAN KOS
Dalam bab ini, disenaraikan peralatan-peralatan yang sis perlukan untuk menjalankan perniagaan kuih muih sis. Mungkin sis tidak perlukan semua peralatan tersebut.
Tetapi sekurang-kurangnya, sis tahu apakah kegunaan setiap peralatan serta berapakah kosnya sekiranya diperlukan kelak.
BAB 5 : CARA MENGIRA & MENETAPKAN HARGA JUALAN
Ini adalah bab yang paling penting. Ramai pengusaha perniagaan kuih muih tidak mengira harga kos dengan betul dan sekadar main agak-agak sahaja.
Akibatnya, order dari pelanggan dapat banyak tapi duit untung tak nampak. Hanya sekadar dapat penat sahaja. Memang tak berbaloi la kan..
Ada dua kaedah untuk menentukan harga jualan produk bakeri sis. Akan ditunjukkan kedua-dua kaedah pengiraan di dalam bab ini.
BAB 6 : TEKNIK PROMOSI
Sedap macam mana pun kuih muih sis, tetapi jika tiada siapa yang tahu dan beli. Ianya tidak membawa apa-apa makna. Oleh itu, bab ini juga adalah antara bab yang terpenting untuk perniagaan kuih muih sis.
Disenaraikan lapan (8) kaedah promosi yang boleh sis gunakan untuk mempromosikan produk-produk kuih muih sis. Ianya merangkumi kaedah promosi secara online dan juga offline.
BAB 7 : LIMA KESILAPAN PERNIAGAAN KUIH MUIH
Setelah menjalankan perniagaan kuih muih ini dari rumah. Dan produk sis sudah mula mendapat perhatian dan permintaan. Ada beberapa hal yang pasti akan sis hadapi.
Jadi, awas kepada lima kesilapan ini.
Jika sis tidak hadapi lima hal ini dengan betul, ianya mungkin akan mengugat perniagaan kuih muih sis. Silap haribulan, sis mungkin akan berasa penat dan mahu berputus asa menjalankan perniagaan kuih muih sis.
BAB 8 : SEMBILAN CABARAN PERNIAGAAN KUIH MUIH & CARA MENANGANINYA
Walaupun sis hanya menjalankan perniagaan kuih muih dari rumah, jangan sangka ianya tiada cabaran.
Dalam bab ini disenaraikan sembilan (9) cabaran yang mungkin akan sis perlu hadapi dan bagaimanakah cara untuk mengatasinya.
Berikut empat daripadanya..
- Cabaran persaingan harga
- Kenaikan kos harga barang mentah
- Bahan mentah habis stok
- Supplier stop bekalan
Itu adalah antara cabaran yang mungkin akan sis hadapi. Ketahui kesemuanya dan bagaimanakah cara menangani setiap satu daripadanya dalam bab ini!
BAB 9 : BAGAIMANA MENJANA RM2,000 SEBULAN
Inilah bab yang sis dan pembaca-pembaca lain tunggu-tunggu. Dalam bab ini, dikongsikan strategi bagaimana untuk menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan daripada perniagaan kuih muih dari rumah yang sis jalankan.
Akan ditunjukkan cara / contoh dengan hanya menjual 2 jenis produk sahaja, sis sudah boleh mencapainya. Siap sekali ditunjukkan kira-kira untuk kos penghasilan produk serta sasaran jualan yang perlu dilakukan setiap bulan.
BAB 10 : SEPULUH TIPS EXTRA PERNIAGAAN KUIH MUIH
Ini adalah bab yang terakhir. Dalam bab ini dikongsikan sepuluh (10) tips yang dirasakan amat penting untuk memastikan produk yang dihasilkan sedap, enak dan berkualiti tinggi.
Tips-tips yang diberikan adalah berdasarkan pengalaman sebenar penulis menjalankan perniagaan kuih muih (dan lain-lain produk bakeri) sejak 6 tahun yang lalu. Sis mungkin tidak akan menjumpai tip ini di mana-mana tempat.
Fuh, demikianlah isi-isi kandungan yang bakal sis perolehi melalui panduan ini. Memang berbaloi kan?
Mahal Ker Panduan Cara Memulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah Ni?
Dengan hanya melaburkan RM30, sis sudah bersedia memulakan perniagaan kuih muih sendiri.
Dengan hanya melaburkan RM30, sis sudah boleh membantu meringankan beban suami.
Dan dengan hanya melaburkan RM30 ini juga, sis sudah mampu meningkatkan pendapatan family. Demi kebahagiaan anak-anak. Untung giler.
RM30 tu kalau beli topup sebulan, hampir tak cukup pun. Apa lagi lagi kalau kuat layan youtube atau stream drama-drama korea. Last-last RM30 tu hilang camtu jer dibawa angin..
Dapatkan panduan cara memulakan bisnes bakeri di bawah. Ia terbukti telah membantu ramai suri rumah menambah pendapatan family.
Nota: Panduan ini adalah rujukan umum memulakan perniagaan bakeri dari rumah (juga sesuai dijadikan sebagai garis panduan sebelum memulakan perniagaan kuih muih).
Selamat memulakan perniagaan kuih muih dari rumah!
Penutup
Untuk menambah kemahiran bakeri sis, boleh baca dimana nak belajar membuat roti dan cara nak belajar buat kek ini.
Bagi yg baru nak berjinak-jinak dalam bidang bakeri, sis boleh baca jenis-jenis & kepelbagaian roti ni.
Eh.. Sis dah baca bagaimana cara memulakan bisnes bakeri dari rumah ini?
Cookies adalah produk bakeri yg evergreen dan mempunyai permintaan sepanjang tahun. Sis dah baca cara memulakan perniagaan cookies dari rumah ini?
Jangan tak tahu, biskut raya adalah sejenis bisnes yg amat menguntungkan. Apatah lagi bila masuk musim perayaan. Sis dah baca cara memulakan perniagaan biskut raya ni?
Adakah impian sis menjadi seorang home baker yg berjaya? Sis suka sangat buat kek? Kalau begitu, sis kena baca 7 tips memulakan perniagaan kek secara kecil-kecilan ni.
Bisnes makanan adalah bidang perniagaan yg menjanjikan. Sayang sekali kalau peluang ini disia-siakan. Lagi pun, sis mmg pandai masak kan? Kenapa bazirkan bakat yg ada? Ketahui 7 tips memulakan bisnes makanan secara kecil-kecilan ni utk mengintai peluang yg ada.
Sis dah try resepi roti manis yang selembut sutera ni? Cubalah. Boleh buat hidangan utk minum petang bersama family. Anak-anak pasti suka!