Cara Memulakan Perniagaan Biskut Raya

Selamat Hari Raya, kepada saudara serta saudari, setahun hanya sekali, meraikan, hari yg mulia ini. Kali ini kita akan berbual mengenai bagaimana cara memulakan perniagaan biskut raya dari rumah dan menjana pendapatan sampingan 3 ke 4 angka sebulan. InsyaAllah. Apakah perasaan sis, sekiranya sis boleh menjana pendapatan RM500 hingga RM1,300 setiap bulan secara sampingan dan hanya dari keselesaan rumah?

Cara Memulakan Perniagaan Biskut Raya

Serba-sedikit, pasti ianya akan dapat membantu kehidupan sis sekeluarga bukan?

Tidak dapat dinafikan lagi, kos sara hidup pada masa ini sememangnya amat tinggi. Jika kita hanya sekadar mengharapkan pendapatan suami sahaja untuk menampung kos kehidupan sekeluarga, ia tentunya agak sukar dan agak membebankan.

Tambah-tambah lagi jika kita turut mempunyai anak-anak yang ramai. Harga makanan, sayur-mayur, susu, lampin pakai buang, yuran tadika/taska dan lain-lain. Semuanya semakin mahal dan harganya sentiasa naik setiap tahun.

Jadi, mahu atau tidak kita perlu berusaha dan berikhtiar untuk menambahkan pendapatan keluarga.

Tapi Walaupun Cantik, Saya Pemalu, Tidak Pandai Menjual, Dan Perlu Uruskan Anak-Anak Di Rumah!

Saya tahu sis cantik orangnya. Itu tak dinafikan..

Mengenai malu. Jangan kata sis, saya sendiri pun pemalu, tidak tahu menjual dan perlu menjaga buah hati belahan jiwa di rumah. Sememangnya, ada banyak cara dan peluang untuk menambahkan pendapatan di luar sana.

Namun begitu, kebanyakkan cara tersebut memerlukan kita untuk keluar dari keselesaan rumah dan pergi menjual atau menjaja.

“Sudahlah kita ni jenis pemalu orangnya. Seumur hidup tak pernah menjual barang. Now disuruh pula pergi cari orang dan menjual barang. Oh.. Memang mengerikan!”

“Dah kalau saya asyik sibuk pergi menjual dan berjumpa dengan orang! Siapa pula yang nak jaga & uruskan anak-anak saya di rumah?”

Inilah dilema yang sering terjadi kepada golongan ibu serta suri rumah yang mahu menjana pendapatan sampingan untuk keluarga.

Kita mahu membuat bisnes atau kerja part time. Tapi, dalam masa yang sama, kita agak sukar untuk keluar dari rumah sebab perlu menguruskan anak-anak dan rumahtangga di rumah.

Disebabkan itulah maka membuat perniagaan biskut raya secara sambilan dari rumah adalah merupakan salah satu cara yang terbaik.

Apa Itu Biskut?

Biskut ialah sejenis kuih kering yang dibakar, biasanya leper, nipis, dan rangup dimakan. Biskut ialah istilah yang biasanya digunakan untuk pelbagai produk makanan dibakar yang berasaskan tepung.

Di Amerika Syarikat dan beberapa bahagian di Kanada, “biscuit” ialah roti segera enak dan agak serupa dengan “scone”, walaupun gula tidak digunakan dalam doh. Pengembangan adunan boleh dicapai melalui penggunaan serbuk penaik. Atau menggunakan susu mentega dan penaik soda.

Biskut biasanya dirujuk sebagai sama ada “biskut serbuk penaik” atau “biskut mentega” jika susu mentega digunakan dan bukannya susu sebagai cecair. Ia dipanggil menggunakan istilah “beaten biscuit” di selatan Amerika. Di New England ia dikenali sebagai “sea biscuit”.

Secara asasnya, biskut raya ialah salah satu daripada cabang bakeri.

Tekstur doh biskut raya kebiasaanya lembut dan tidak boleh diterap. Sama ada ia disudukan terus ke atas dulang pembakar, digentel dengan tangan atau diisi ke dalam piping bag lalu dipicit ke atas loyang kuih atau bekas.

Semasa membakar doh biskut raya, ia akan mengembang dan meleper sedikit.

Gabungan coklat masakan, bijirin (seperti nestum, conflakes, wheatmeal, chocolate rice) dan kekacang (seperti almond, gajus, hazelnut, pistacio, pecan, walnut) menjadikan biskut raya satu hidangan yg kaya rasa, rangup dan lazat.

Permintaan untuk biskut raya memuncak sewaktu kedatangan perayaan utama di Malaysia. Misalnya menjelang bulan Ramadhan, Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina dan seumpamanya.

Mengapa Memilih Perniagaan Biskut Raya Dari Rumah?

Banyak sebab mengapa perniagaan biskut raya adalah cara yang terbaik untuk sis menambahkan pendapatan secara sampingan dari rumah. Jom kita lihat satu-persatu.

Modal Pemulaan Yang Kecil

Memandangkan sis memulakan perniagaan biskut raya ini hanya dari rumah, jadi kita tidak perlu membayar sewa kedai dan tidak perlu membeli peralatan-peralatan yang besar dan mahal seperti rak simpanan kek, mesin juruwang, peti ais besar dan sebagainya.

Sis juga tidak perlu membayar kos pekerja yang hanya bertugas untuk menjaga kaunter sepanjang masa.

Pendek kata, sis boleh bermula hanya dari rumah dan menggunakan peralatan-peralatan yang sudah sedia ada di dapur!

Tidak Perlu Terlalu Menjual

Untuk menjual produk biskut raya, sis tidak perlu bersusah-payah menerangkan tentang produk sehingga berbuih-buih mulut. Seperti yang terpaksa dilakukan oleh penjual produk-produk MLM. Cukup sekadar sis menunjukkan gambar dan harga. Kalau pelanggan suka, mereka akan membuat tempahan!

Hanya Buat Berdasarkan Order

Ini adalah kelebihan besar perniagaan biskut raya dari rumah. Sis tak perlu buat biskut raya sepanjang masa.

Sis hanya perlu membuat biskut raya hanya selepas sis mendapat tempahan sahaja. Jadi, tiada risiko biskut raya tidak habis dijual sepertimana yang kerap berlaku di kedai-kedai bakeri yang terpaksa membuang kuih, bun serta roti-roti mereka yang tidak habis dijual. Sedih kan..

Urusan Rumahtangga Masih Terjaga

Yup, ini yg paling penting. Memandangkan sis hanya membuat biskut raya di rumah, maka kita masih lagi boleh mendidik dan menguruskan anak-anak sis seperti biasa. Urusan kerja rumahtangga juga masih boleh diteruskan seperti biasa.

Perkara ini sudah pastinya akan melegakan perasaan suami yang mungkin risau andainya sis terabai urusan rumahtangga terutama anak-anak apabila sibuk berniaga.

Permintaan Produk Home-Made biskut raya Sangat Tinggi!

Biskut Cheese Cadbury, Biskut Nutella Pod, Biskut Kacang Putih Goreng, Biskut Nestum Rangup, Biskut Cornflakes Crunchy, Biskut Semperit Klasik, Semperit Cheese, Kuih Makmur, Almond Crunchy, Kuih Kapit Tradisi, Batang Buruk Sedap, Kerepek Bawang Sedap, Tart Nenas, Biskut Almond london, Biskut Coklat Chips Crunchy, Biskut Arab, Biskut Kacang dan banyak lagi.

Tidak kira sama ada untuk dijamah secara santai ketika minum petang. Mahupun untuk majlis-majlis keraian seperti majlis harijadi, majlis pertunangan, perkahwinan, kenduri, majlis tahlil, rumah terbuka. Bahkan untuk majlis-majlis korporat seperti seminar, mesyuarat ataupun hari keluarga. Boleh dikatakan, hampir saban minggu akan ada sahaja majlis yang diadakan.

Lebih-lebih lagi bila masuk musim perayaan (Tahun Baru Cina / Aidilfitri) dan musim cuti sekolah (Disember). Hampir setiap hari akan ada sahaja majlis rumah terbuka atau majlis perkahwinan diadakan. Kadang-kadang memang tak cukup tangan dan terpaksa tolak beberapa tempahan dari pelanggan.

Jadi, Macam Mana Cara Memulakan Perniagaan Biskut Raya Dari Rumah?

Dalam apa jua bidang pun, kalau kita mula dari kosong sememangnya akan ada banyak pertanyaan dan persoalan yang bermain di fikiran. Begitu juga apabila sis mahu memulakan perniagaan biskut raya ini.

Antara soalan yang bermain di fikiran adalah..

  • Nak buat biskut raya apa?
  • Di mana nak belajar buat biskut raya?
  • Biskut raya apa yang paling banyak permintaan?
  • Berapa nak letak harga? Tak mahal sangat ker?
  • Macam mana nak kira kos produk?
  • Apa peralatan yang diperlukan?
  • Macam mana nak buat promosi / marketing?
  • Macam mana nak daftar perniagaan supaya tidak kena saman dengan SSM?

Banyak pula kebimbangan yg berlegar di fikiran kan?

Tapi jangan bimbang dan jangan risau. Semua jawapan bagi persoalan di atas, telah pun disediakan jawapan di dalam panduan di bawah.

Panduan Cara Memulakan Perniagaan biskut raya Dari Rumah

Sekarang, sis sudah tidak perlu pening-pening kepada lagi.

Panduan ini sudah sediakan info yang lengkap untuk membantu sis memulakan perniagaan biskut raya dari rumah.

Segala info serta perkara yang sis perlu tahu dan mesti tahu untuk memulakan perniagaan biskut raya (sebahagian daripada bisnes bakeri), ada di dalam eBook ini.

Panduan Bagaimana Cara Memulakan Perniagaan Biskut Raya Dari Rumah

Apakah Yang Terdapat Dalam Panduan Cara Memulakan Perniagaan Biskut Raya Dari Rumah Ini?

Berikut adalah maklumat-maklumat penting yang terkandung dalam panduan ini serta manfaat yang bakal sis perolehi setelah sis habis membaca keseluruhan panduan ini.

BAB 0: PENDAHULUAN

Di bahagian pendahuluan ini sis akan mendapat gambaran jelas tentang industri perniagaan bakeri serta mengapa menjalankan perniagaan biskut raya dari rumah adalah langkah yang terbaik bagi sis.

Juga disenaraikan 6 sebab mengapa pembeli lebih gemar membeli biskut raya dari pembuat-pembuat biskut raya dari rumah (home made product) berbanding dari kilang atau kedai.

Selain itu, sis juga diberikan jadual perbandingan antara menjalankan perniagaan bakeri dari rumah dengan perniagaan bakeri di kedai. Jadi, sis boleh lihat dengan jelas setiap kelebihan dan kekurangannya.

Sis pasti akan teruja dan bertambah bersemangat untuk memulakan perniagaan biskut raya sis dari rumah dengan segera setelah membaca bahagian pendahuluan ini.

BAB 1 : FORMULA 2M+2P

Ini adalah formula yang sis boleh gunakan untuk memulakan perniagaan biskut raya dari rumah. Ianya adalah formula yang akan membuatkan sis terus bersemangat dan bermotivasi untuk meneruskan perniagaan biskut raya dari rumah.

Di dalam bab ini juga, dikongsikan tip bagaimana untuk memilih produk bagi bisnes bakeri sis itu nanti. Jika sis pening-pening tak tahu nak buat produk apa untuk bisnes bakeri sis tu, bab ini akan menjelaskan kepada sis tentang strategi pemilihan produk.

Nak pilih produk pun kena ada strategi, tak boleh sekadar main buat je.

BAB 2 : DIMANA MAHU BELAJAR BAKERI?

Ini adalah bab untuk sis yang masih kurang mahir membuat pelbagai jenis biskut raya, kuih & kek (produk bakeri). Ada beberapa jenis kelas serta tempat yang boleh sis rujuk untuk belajar membuat produk-produk bakeri.

Ada yang berbayar dan ada yang percuma. Tapi sebelum pergi mana-mana kelas tu, kena tetapkan dulu kuih apa yang sis mahu belajar. Barulah tak rugi sis pergi belajar. Nanti dah tahu buat tapi tak minat la pula.

BAB 3 : EMPAT LANGKAH MEMBUKA PERNIAGAAN BISKUT RAYA

Minat dan sebab dah ada. Itu dah bagus. Ilmu membuat biskut raya pun dah ada. Lagi la bagus.

Kini secara rasminya sis mahu memulakan perniagaan biskut raya sis dari rumah.

Dalam bab ini sis akan ditunjukkan langkah-langkah untuk mendaftarkan perniagaan sis dan membuka akaun bank bagi perniagaan sis.

Ianya bukan sahaja penting untuk memastikan perniagaan sis mematuhi undang-undang, tapi juga dapat meningkatkan kredbiliti dan kepercayaan pelanggan terhadap perniagaan sis.

BAB 4 : SENARAI PERALATAN DAN KOS

Dalam bab ini, disenaraikan peralatan-peralatan yang sis perlukan untuk menjalankan perniagaan biskut raya sis. Mungkin sis tidak perlukan semua peralatan tersebut.

Tetapi sekurang-kurangnya, sis tahu apakah kegunaan setiap peralatan serta berapakah kosnya sekiranya diperlukan kelak.

BAB 5 : CARA MENGIRA & MENETAPKAN HARGA JUALAN

Ini adalah bab yang paling penting. Ramai pengusaha perniagaan biskut raya tidak mengira harga kos dengan betul dan sekadar main agak-agak sahaja. Akibatnya, order dari pelanggan dapat banyak tapi duit untung tak nampak. Hanya sekadar dapat penat sahaja. Memang tak berbaloi.

Ada dua kaedah untuk menentukan harga jualan produk bakeri sis. Akan ditunjukkan kedua-dua kaedah pengiraan di dalam bab ini.

BAB 6 : TEKNIK PROMOSI

Sedap macam mana pun biskut raya sis, tetapi jika tiada siapa yang tahu dan beli. Ianya tidak membawa apa-apa makna. Oleh itu, bab ini juga adalah antara bab yang terpenting untuk perniagaan biskut raya sis.

Disenaraikan lapan (8) kaedah promosi yang boleh sis gunakan untuk mempromosikan produk-produk biskut raya sis. Ianya merangkumi kaedah promosi secara online dan juga offline.

BAB 7 : LIMA KESILAPAN PERNIAGAAN BISKUT RAYA

Setelah menjalankan perniagaan biskut raya ini dari rumah. Dan produk sis sudah mula mendapat perhatian dan permintaan. Ada beberapa hal yang pasti akan sis hadapi.

Jadi, awas kepada lima hal ini.

Jika sis tidak hadapi lima hal ini dengan betul, ianya mungkin akan mengugat perniagaan biskut raya sis. Silap haribulan, sis mungkin akan berasa penat dan mahu berputus asa menjalankan perniagaan biskut raya sis.

BAB 8 : SEMBILAN CABARAN PERNIAGAAN BISKUT RAYA & CARA MENANGANINYA

Walaupun sis hanya menjalankan perniagaan biskut raya dari rumah, jangan sangka ianya tiada cabaran.

Dalam bab ini disenaraikan sembilan (9) cabaran yang mungkin akan sis perlu hadapi dan bagaimanakah cara untuk mengatasinya.

Berikut empat daripadanya..

  • Cabaran persaingan harga
  • Kenaikan kos harga barang mentah
  • Bahan mentah habis stok
  • Supplier stop bekalan

Itu adalah antara cabaran yang mungkin akan sis hadapi. Ketahui kesemuanya dan bagaimanakah cara menangani setiap satu daripadanya dalam bab ini!

BAB 9 : BAGAIMANA MENJANA RM2,000 SEBULAN

Inilah bab yang sis dan pembaca-pembaca lain tunggu-tunggu. Dalam bab ini, dikongsikan strategi bagaimana untuk menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan daripada perniagaan biskut raya dari rumah yang sis jalankan.

Akan ditunjukkan cara dengan hanya menjual 2 jenis produk sahaja, sis sudah boleh mencapainya. Siap sekali ditunjukkan kira-kira untuk kos penghasilan produk serta sasaran jualan yang perlu dilakukan setiap bulan.

BAB 10 : SEPULUH TIPS EXTRA PERNIAGAAN BISKUT RAYA

Ini adalah bab yang terakhir. Dalam bab ini dikongsikan spuluh (10) tips yang dirasakan amat penting untuk memastikan produk yang dihasilkan sedap, enak dan berkualiti tinggi.

Tips-tips yang diberikan adalah berdasarkan pengalaman sebenar penulis menjalankan perniagaan biskut raya (dan lain-lain produk bakeri) sejak 6 tahun yang lalu. Sis mungkin tidak akan menjumpai tip ini di mana-mana tempat.

Fuh, demikianlah isi-isi kandungan yang bakal sis perolehi melalui panduan ini. Memang berbaloi kan?

Mahal Ker Panduan Cara Memulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah Ni?

Dengan hanya melaburkan RM30, sis sudah bersedia memulakan perniagaan biskut raya sendiri.

Dengan hanya melaburkan RM30, sis sudah boleh membantu meringankan beban suami.

Dan dengan hanya melaburkan RM30 ini juga, sis sudah mampu meningkatkan pendapatan family. Demi kebahagiaan anak-anak. Untung giler.

RM30 tu kalau beli topup sebulan, hampir tak cukup pun. Apa lagi lagi kalau kuat layan youtube atau stream drama-drama korea. Last-last RM30 tu hilang camtu jer dibawa angin..

Dapatkan panduan cara memulakan bisnes bakeri di bawah. Ia terbukti telah membantu ramai suri rumah menambah pendapatan family.

Panduan lengkap memulakan perniagaan biskut raya dari rumah

Nota: Panduan ini adalah rujukan umum memulakan perniagaan bakeri dari rumah (juga sesuai dijadikan garis panduan sebelum memulakan perniagaan biskut raya).

Selamat memulakan perniagaan biskut raya dari rumah!

Penutup

Untuk menambah kemahiran bakeri sis, boleh baca dimana nak belajar membuat roti dan cara nak belajar buat kek ini.

Bagi yg baru nak berjinak-jinak dalam bidang bakeri, sis boleh baca jenis-jenis & kepelbagaian roti ni.

Eh.. Sis dah baca bagaimana cara memulakan bisnes bakeri dari rumah ini?

Cookies adalah produk bakeri yg evergreen dan mempunyai permintaan sepanjang tahun. Sis dah baca cara memulakan perniagaan cookies dari rumah ini?

Nak jual kuih-muih bukan asal boleh aje. Silap haribulan, untung tak malahan rugi. Sebelum mula tu, baca dulu cara memulakan perniagaan kuih muih ni.

Adakah impian sis menjadi seorang home baker yg berjaya? Sis suka sangat buat kek? Kalau begitu, sis kena baca 7 tips memulakan perniagaan kek secara kecil-kecilan ni.

Bisnes makanan adalah bidang perniagaan yg agak menjanjikan. Sayang sekali kalau peluang ini disia-siakan. Lagi pula, sis pandai memasak orangnya kan? Kenapa bazirkan bakat yg ada? Ketahui 7 tips memulakan bisnes makanan secara kecil-kecilan ni utk mengintai peluang yg ada.

Sis dah try resepi roti manis yang selembut sutera ni? Cubalah. Boleh buat hidangan utk minum petang bersama family. Anak-anak pasti suka! Abang pasti senyum sampai ke teling..

2 thoughts on “Cara Memulakan Perniagaan Biskut Raya”

Leave a Comment

error: Content is protected !!