Untuk kali ini, sis akan berkongsi resepi yg simple tapi sedap. Apa dia tu? Yaitulah dia – resepi roti manis yang selembut sutera. Sis harap semua berada dalam keadaan sihat hendaknya. Tambah-tambah lagi di musim penularan virus Covid-19 ni. Suka tak suka, kita kenalah ikut arahan pihak berkuasa. Ini semua untuk kebaikkan kita juga kan.
Isi Kandungan
Kalau ada yang masih keras kepala, ia akan menyusahkan banyak pihak. Suka diingatkan Covid-19 bukan virus sembarangan. Ia boleh membunuh! Tak ke serem tu..
Hokey.. Back to topic.
Bila sudah duduk rumah ni, mesti dapur tak sunyi. Pelbagai resepi kita nak cuba kan..
Jadi kali ni sis nak kongsikan satu resepi roti yang boleh dikatakan mudah dibuat, sedap dimakan. Dan yg paling penting, tak perlu pelembut tetapi tetap selembut sutera. Hambik kau!
Ia cuma memerlukan bahan-bahan yg asas saja. Tapi tepung tu, sis guna tepung roti la. Sis belum cuba pakai tepung gandum biasa. Kata orang, bukan tak jadi kalau guna tepung biasa tu, tapi tekstur dia tak jadi selembut sutera.
Untuk resepi ni sis guna acuan kecil. Cara mana kita nak bentukkan roti manis tu terpulang pada imaginasi masing-masing la ye. Untuk resepi simple ni, ia cuma roti kosong tanpa sebarang inti.
Sis suka yang kosong, sedap kalau cicah dengan minuman panas. Tapi kalau nak isi inti pun tidaklah menjadi kesalahan. Satu tips bagi mengekalkan roti manis ni selalu lembut. Masa nak simpan tu, pastikan kita bungkus dengan plastik dan simpan dalam bekas kedap udara.
Apa yg membuat roti kita keras macam kayu tu sebabnya ialah roti dah terdedah lama pada udara dan menjadi kering.
Bagi yg teringin nak mencuba, sis kongsikan resepinya di bawah.
Bahan-Bahan
- 300 gram tepung roti (high protein flour)
- 1 camca teh instant yeast
- 120 ml susu segar (sis guna susu penuh krim)
- 1 camca teh garam
- 1 1/2 camca besar gula
- 3 camca besar susu pekat manis
- 1 biji telur, gred A, dipukul sedikit
- 1/2 camca teh esen vanilla (optional)
- 30 gram mentega
Cara Membuat
Menggunakan Breadmaker
Masukkan susu, esen vanilla dan telur ke dalam breadmaker. Kemudian masukkan baki kesemua bahan2 tadi. Pilih setting untuk DOH dan tekan ON, breadmaker akan mula menggaul bahan2 tadi selama 5 minit. Kemudian proses menguli berjalan selama 25 minit dan akhir sekali proses memerap doh roti selama 1 jam.
Menggunakan Stand Mixer
Dalam gelas, masukkan susu, tambah instant yeast dan 1/2 camca besar gula (guna gula dari bahan-bahan untuk roti). Kacau rata dan biarkan hingga yeast berbuih, kurang lebih 7 – 8 minit.
Dalam mixing bowl, satukan baki bahan2 kecuali mentega. Kacau rata. Pasangkan cangkuk untuk mengadun roti, putar rata pada kelajuan sederhana. Tuang bancuhan yeast sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan telur dan esen vanilla, putar hingga adunan menjadi doh. kurang lebih 3 – 4 minit.
Tambah mentega dan terus memutar hingga menjadi doh yang kenyal dan tidak melekat pada mangkuk adunan, kurang lebih 7 – 8 minit.
Bulat-bulatkan doh, letak dalam bekas yang disapu dengan sedikit minyak masak, tutup dengan plastik cling dan perap 1 jam. (Jika uli menggunakan tangan, mengambil masa kurang lebih 15 minit).
Untuk Roti Manis
Keluarkan doh dari breadmaker atau mangkuk. Tumbuk doh tadi untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja dan uli doh dengan tangan selama 1 – 2 minit. Kemudian bahagian kepada beberapa bahagian (sis guna acuan yang ada 8 lubang, jadi doh dibahagi 8). Bulat-bulatkan doh dan rehatkan selama 15 minit, tutup dengan plastik cling.
Ambil sebiji doh yang dibulatkan tadi dan bentukkan ikut kreativiti sendiri. Sis potong 4 untuk setiap 1 biji doh. Bulat-bulatkan dan susun dalam setiap 1 bekas dalam acuan, maksudnya setiap 1 bekas ada 4 biji bebola kecil.
Jangan lupa sapu acuan tadi dengan mentega dulu. Buat hingga siap, tutup dengan plastik cling dan perap lagi sejam atau hingga naik sekali ganda.
Panaskan oven pada suhu 180 darjah celsius, panaskan oven sekurang-kurangnya 15 minit terlebih dahulu. Sapu sedikit susu segar pada permukaan doh roti dan bakar kurang lebih 18 – 20 minit, hingga permukaan roti berwarna keperangan (bergantung pada oven masing-masing).
Keluarkan roti dari oven dan biarkan sekejap dalam seminit dua. Boleh keluarkan roti dari acuan, sejukkan atas bekas dan boleh dihidangkan.
InsyaAllah kalau ikut betul-betul, akan terhasilah roti manis yang selembut sutera.
Selamat mencuba!
Panduan Memulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah
Awak kan suka bake-bake? Lagi pun, bun dan kuih-muih yg awak buat mmg sedap! Kenapa tak gunakan minat dan bakat awak untuk menjana pendapatan dan menambahbaik ekonomi family?
Dengan hanya melaburkan RM30, awak sudah bersedia memulakan bisnes bakeri secara kecil-kecilan sendiri.
Dengan hanya melaburkan RM30, awak sudah boleh membantu meringankan beban suami.
Dan dengan hanya melaburkan RM30 ini juga, awak sudah mampu meningkatkan pendapatan family. Demi kebahagiaan anak-anak. Untung giler kan..
RM30 tu kalau beli topup utk sebulan, hampir tak cukup pun. Apa lagi lagi kalau kuat layan youtube atau stream drama-drama korea di Netflix. Last-last RM30 tu hilang camtu jer dibawa angin..
Lebih elok awak dapatkan panduan cara memulakan bisnes bakeri di bawah. Ia terbukti telah membantu ramai suri rumah menambah pendapatan family.
Nota: Panduan ini adalah rujukan umum memulakan perniagaan bakeri dari rumah (juga sesuai dijadikan sebagai garis panduan sebelum memulakan bisnes makanan secara kecil-kecilan).
Penutup
Untuk menambah kemahiran bakeri sis, boleh baca dimana nak belajar membuat roti dan cara nak belajar buat kek ini.
Bagi yg baru nak berjinak-jinak dalam bidang bakeri, sis boleh baca jenis-jenis & kepelbagaian roti ni.
Eh.. Sis dah baca bagaimana cara memulakan bisnes bakeri dari rumah ini?
Cookies adalah produk bakeri yg evergreen dan mempunyai permintaan sepanjang tahun. Sis dah baca cara memulakan perniagaan cookies dari rumah ini?
Jangan tak tahu, biskut raya adalah sejenis bisnes yg amat menguntungkan. Apatah lagi bila masuk musim perayaan. Sis dah baca cara memulakan perniagaan biskut raya ni?
Bisnes kuih muih adalah salah satu daripada bisnes makanan yg tak lapuk dek panas dan tak lekang dek hujan. Ia sentiasa ada permintaan dari generasi ke generasi. Sudahkah sis baca cara memulakan perniagaan kuih muih ni?
Majlis hari jadi adalah sambutan yg lazim di kalangan jiran-jiran dan rakan-rakan kita. Rugi andai peluang bisnes ini dibazirkan begitu saja. Lagi pun, sis kan suka buat kek? Kenapa tak baca 7 tips memulakan perniagaan kek secara kecil-kecilan ni dulu?
Bisnes makanan luas bidangnya dan sektor ekonomi yang menjanjikan. Kenapa tidak cuba nasib di bidang ini. Sesiapa pun boleh buat, asalkan ada minat. Sebagai permulaan, baca tips memulakan bisnes makanan.