Salam and haiii darls!!! Harini sis nk story sikit pasal donut. Nampak simple sangat kuih ni kan. Tapi tau x kat (fakta dunkin donuts punyer revenue each year). Itu kalau cerita pasal internationale tapi kalau citer daripada segi lokaliti pulak makcik-makcik, nenek moyang kiter dulu kala dah lama buat kuih legend ni kan. Ade yang membesar dengan hasil jualan donut mak dia. Siapa tu angkat mouse? haha. Me too.
Isi Kandungan
Pagi-pagi mak bangun uli tepung buat donut salut gula, pau sambal, pau kacang. Paling laku pau sambal mak. Sebab mak pakai sambal nasi lemak dia yang sedap. Puji mak sendiri la kan. Tapi memang lembut donut mak sampai ke petang lepastu jiran bagi nama Donut Gebu Gebas Cik Ara. Ape rahsia? Nanti sis story kat bawah ye..
Kalau dulu cuma ada salut gula je. Tapi sekarang macam-macam topping segala topping dah ade. Nak coklat? Cheese meleleh? Kacang pecan? almond? Jem strawberry? Jem Nenas? Chocolate rice? White chocolate? dark chocolate? Adui pikir kan je dah buat sis terliur. Zaman sis remaja kalau pergi shopping mall memang tak sah kalau tak singgah kedai bakeri yang ada jual donut-donut. Tak lama lepastu bakeri berkembang menjadi fokus menjual donut sahaja.
Nampak tak punye ramai peminat donut ni sampai mereka berani fokus menjual donut sahaja dan air-airlah kan macam kopi ke white coffee ke hot chocolate ke dan banyak lagi. Macam sis cakap tadi donut yang dijual bukan donut biasa tapi diolah menjadi seperti seni kulinari.
Ada pelbagai bentuk, rasa dan warna yang memikat pembeli bukan sahaja untuk si cilik malahan sehingga golongan dewasa macam sis pun terpesona aku terpesona… Banyak sangat pilihan sampai rambang mata. Paling sis suka donut yang ada filling tu ape ke nama tu Bavarian ke ape. Dulu lah. Masa muda remaja. Kalau sekarang ni kurang makan manis. Kadang-kadang, jarang-jarang bilang p ramlee. hihi..
Oh ye lagi satu nak cerita. Sis kan asal JB. So bertemu jodoh dengan jejaka Sabah. Jadi masa mula-mula sampai kampung suami, dia ajak beli sarapan. So mak mertua pesan beli kuih golong. I was like, kuih ape tu? Bagitau suami. Ohhh..kuih gelang bha itu. Sekali lagi sis konpius. Kuih ape tu? Laaa..kuih gelang tu rope-ropenye ialah kuih donut. Ya Allah ye ke sis pun angguk-angguk. Kuih tu senang betul dapat kat sini semua orang pandai buat. Aku je ke tak pandai buat kuih ni….
Satu lagi sis perasan, kalau orang tu jual kuih gelang iaitu donut, mesti ade kawan kuih tu iaitu kuih kari. Hehe. Korg yang semenanjung maybe xtau kot. Sebab sis jumpe kat sabah je kuih kari ni. Tapi sis rasa sekarang dah ade orang jual kuih kari kat semenanjung sebab ramai orang sabah berhijrah ke semenanjung kan.
Ok back to donut. Siapa cakap buat donut ni senang? Kalau korg terer baguslah. Tapi untuk newbie macam sis ni memang makan masa jugak lah nak dapatkan resepi terbaik. Mak ajar pun tak jugak masuk kepala. Sampai tekanan laki makan donut keras. Haha. Tapi sekarang alhamdulillah berkat belajar banyak kali sambil korek tips sana sini, akhirnya donut sis menjadi jugak weh. Da jual donut pun. hihi. Sis bg nama donut tu Donut Gebu Gebas nama jiran mak bagi. Memang lembut sampai ke petang. Barulah suami ada sinyum.
Okeh tanpa membebel lagi jom tengok resepinya. Sebenarnya resepi ni sis dapat dari internet iaitu Azlina Ina Fans dan jugak resepi mak. So sis olah sikit-sikit jadi lah resepi ni. Follow ketat rapat tau. Tak jadi ke jadi ke yang penting cuba dulu. Jangan cepat putus asa kalau nak berbakeri ni. Biasalah tu mula-mula je susah lama-lama insyaAllah dapat rentaknya. Ok jom layan donut buat minum petang nanti.
Resepi Donut Gebu Gebas (modified from Azlina Ina Fans and my own mother)
Bahan A
1 peket yis (11 gm)
Setengah cawan air suam (125 ml)
3 sudu makan gula
1 sudu makan susu pekat manis
(Bancuh semua dan biar berbuih-buih lebih kurang 3 minit macam tu)
Bahan B
2 sudu makan tepung gandum
5 sudu makan air
(masak atas dapur sampai pekat(roux) dan biarkan sejuk)
Bahan C
Tepung gandum 4 cawan (pakai cawan yang sama macam bahan A)
1 sudu makan baking powder jenama ape je boleh
secubit garam
(Ayak tepung bersama baking powder dan garam)
Marjerin 4 sudu makan
susu segar secukupnye (dalam setengah cawan tapi xpakai semua)
sebiji telur gred B
Cara-cara
- Masukkan bahan-bahan yang di ayak ke dalam mixer atau mangkuk untuk menguli.
- Kemudian masukkan marjerin dan Bahan A tadi. Kacau perlahan.
- Bila dah sebati masukkan Bahan B dan telur sebiji.
- Kemudian masukkan susu segar sedikit demi sedikit sampai jadi doh dan xmelekat di tangan.
- Kalau takde mixer uli pakai tangan je. Tapi make sure tangan bersih tau. Zaman-zaman covid ni kena lebih berhati-hati dan jaga kebersihan di tahap optimum. gituu
- Dah jadi doh tadi kan, perap 30 minit.
- Tik tok tik tok bunyi jam bukan bertiktok, masa berlalu. Adunan doh tadi akan mengembang dua kali ganda. Tumbuk-tumbuk manja bagi keluar angin. Bentukkan ikut suka. Kalau ada acuan lagi cantik sekata ja bentukknya. Kalau xde bentuk aje pakai tangan. No problem.
- Masa panaskan minyak biar api sederhanan. Masa goreng pun sama, api jangan kuat nnt hangus jadi warna keria pulak dah. hihi.
- Da suam sikit baru golek atas gula icing ke gula kastor ke macam pic sis. Kalau nk topping coklat atau cheese tunggu sejuk sikit. Kalau tak abis cair dibuatnya. Kalau nak buat jual sampai kat customer dah xde rupe pulak naya cik kak.
Selamat mencuba buat Resepi Donut Gebu Gebas ni tau. Buat minum petang sambil berbual-bual dengan family, makan panas-panas dengan kopi ke teh ke aduiii bikin ngiler. hihi. Remember…Practice makes perfect. Till then. Assalamualaikum…
Selamat mencuba!
Panduan Memulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah
Awak kan suka bake-bake? Lagi pun, bun dan kuih-muih yg awak buat mmg sedap! Kenapa tak gunakan minat dan bakat awak untuk menjana pendapatan dan menambahbaik ekonomi family?
Dengan hanya melaburkan RM30, awak sudah bersedia memulakan bisnes bakeri secara kecil-kecilan sendiri.
Dengan hanya melaburkan RM30, awak sudah boleh membantu meringankan beban suami.
Dan dengan hanya melaburkan RM30 ini juga, awak sudah mampu meningkatkan pendapatan family. Demi kebahagiaan anak-anak. Untung giler kan..
RM30 tu kalau beli topup utk sebulan, hampir tak cukup pun. Apa lagi lagi kalau kuat layan youtube atau stream drama-drama korea di Netflix. Last-last RM30 tu hilang camtu jer dibawa angin..
Lebih elok awak dapatkan panduan cara memulakan bisnes bakeri di bawah. Ia terbukti telah membantu ramai suri rumah menambah pendapatan family.
Nota: Panduan ini adalah rujukan umum memulakan perniagaan bakeri dari rumah (juga sesuai dijadikan sebagai garis panduan sebelum memulakan bisnes donut atau kuih-muih secara kecil-kecilan).
Penutup
Untuk menambah kemahiran bakeri sis, boleh baca dimana nak belajar membuat roti dan cara nak belajar buat kek ini.
Bagi yg baru nak berjinak-jinak dalam bidang bakeri, sis boleh baca jenis-jenis & kepelbagaian roti ni.
Eh.. Sis dah baca bagaimana cara memulakan bisnes bakeri dari rumah ini?
Cookies adalah produk bakeri yg evergreen dan mempunyai permintaan sepanjang tahun. Sis dah baca cara memulakan perniagaan cookies dari rumah ini?
Jangan tak tahu, biskut raya adalah sejenis bisnes yg amat menguntungkan. Apatah lagi bila masuk musim perayaan. Sis dah baca cara memulakan perniagaan biskut raya ni?
Bisnes kuih muih adalah salah satu daripada bisnes makanan yg tak lapuk dek panas dan tak lekang dek hujan. Ia sentiasa ada permintaan dari generasi ke generasi. Sudahkah sis baca cara memulakan perniagaan kuih muih ni?
Majlis hari jadi adalah sambutan yg lazim di kalangan jiran-jiran dan rakan-rakan kita. Rugi andai peluang bisnes ini dibazirkan begitu saja. Lagi pun, sis kan suka buat kek? Kenapa tak baca 7 tips memulakan perniagaan kek secara kecil-kecilan ni dulu?
Bisnes makanan luas bidangnya dan sektor ekonomi yang menjanjikan. Kenapa tidak cuba nasib di bidang ini. Sesiapa pun boleh buat, asalkan ada minat. Sebagai permulaan, baca tips memulakan bisnes makanan.
Buat roti manis tapi asyik tak jadi? Kalau jadi pon, keras kematu la pula. Bagi yg tgh cari resepi roti manis confirm jadi, baca resepi roti manis yang selembut sutera ni.
terima kasih atas resep donatnya yang sangat menggiurkan