Salam and hai darlss!!! Musim-musim PKP haritu banyak sis belajar buat kuih muih. Sebabnya banyak masa terluang. hihi. Sis terpaksa off duty dulu dari kitchen. Masak untuk family je. Dah tak ambil tempahan orang untuk mini catering semua tu. Asal kes tempatan naik memang automatik sis rest and stop taking orders. Utk kali ni, sis akan kongsikan resepi pau putih melepak cinderella inti kacang merah!
Isi Kandungan
Kesian jugak dekat customer yang mengharap tapi nak buat macam mana kan kesihatan dan keselamatan family lebih utama. Ada orang tua dan orang berisiko (heart problem) kat rumah ni jadi sis kena ambil langkah berjaga-jaga dan tak boleh selfish ye dok. Sedih tau dak terpaksa reply whatsapp customer minta maaf sorry dan sebagainya. Tapi syukur jugalah mereka pun faham dan tak memaksa. Thank you korang. I is terharu…
Memang sis mengaku lah sis bukan sejenis yang terer buat kuih. Walaupun mak dan nenek pandai buat kuih muih tapi sis memang out of service. Kalau tolong boleh tapi buat from the beginning memang aku malas. haha. Ngaku jela malas kan. adeiii. Tapi selepas kahwin ni dapat laki suka makan kuih. Ah sudah. Nak tak nak pelan-pelan belajar. Sekarang pun banyak PJJ, kelas online, ebook pun ade. Ko nak belajar dengan ko nak stuck dengan perangai malas tu je. hihi.
So i decided that i should learn how to make kuih muih at least 4,5 jenis pun jadilah. Tapi on the way to make it happend sabor je laki sis kena makan kuih xjadi. Kadang keras kadang xmasak. heheh. I dont know lah why kuih muih ni macam ade something dengan sis. Kalau masak memasak lauk pauk insyaAllah boleh pulak. alahaiii…
But as i said before practice makes perfect. One day sis makan pau kat satu restoran ni omg sedap pau dia. Lembut, putih gebu gebas. Masa tu sis try pau kacang merah. Sebab tu je yang ade masa tu. Yang lain yillek abis nawi yo. Pastu husband cakap bestnya kalau dapat makan pau macam ni kat rumah yang bini buat. Hmmm.. Minggu depannya masa keluar beli barang selitla sekali barang-barang nak buat pau putih melepak cinderella tu.
Dah google resepi mana nak pakai. Tengok bahan-bahan pun senang nak dapat kat sini. FYI, sis duduk di daerah pedalaman tau. Kadang-kadang ada bahan memang payah bebenor nak dapat. Kena pergi bandar yang terdekat iaitu sejam lebih sikit dari rumah sis. So korg yang duduk dekat area bandar kalau malas jugak nak buat xtaulah kedai korang dekat kottt..
So bahan-bahan dah dapat semua. Part inti kacang merah sis da check cara nak buat dia macam senang jugak. Tapi oleh kerana ada benda yang lebih senang iaitu beli jela pes kacang merah yang dah siap-siap tu tinggal masuk dalam adunan pau tu je. So sis beli tu jelah. Harga dekat sini dekat RM 6 jugak sepeket.
Untuk resepi pau putih melepak cinderella sis ni abis separuh peket jugak lah. untuk makan sendiri kan memang gemok-gemok sis gentel intinya. Baru puas makan. Kalau yang jual tu seciput je kadang isinya kan. Korang buatlah sendiri puas makan siap boleh bagi jiran jiran lagi tau.
Oh ye untuk resepi pau putih melepak cinderella ni kan sis xikut timbangan masa nak bentuk pau nya. Cara sis sukat masa genggam adunan tepung tu ngam-ngam dalam genggaman tangan ku. Itu yang ada besar ada kecik tapi xlari jauh jugak besar dia. Tengok dalam pic ni kan. Tips yang sis dapat daripada beberapa kali try and error membuat pau ini ialah pakai tepung pau memang cantik gebu pau korg dan jadi pau putih melepak cinderela gitu. Sebab sis pernah pakai tepung gandum tetap jadi cuma dia tak berapa putih mulus dan cepat keras bile dah sejuk.
Next tips ialah matahari!! ye betul cahaya matahari mencepatkan proses pengembangan yis dalam adunan pau tu. Masa nak perap tu sis wrap dengan plastik lepastu jemur dekat matahari. Lepas dah betukkan dan masukkan inti pun sis kasi dedah kat matahari before kukus. hihi. Thank you sunshine!
Ok dah baca few tipsnye kan jom study resepi ni lepastu cari bahan then buat!
Pau Putih Melepak Cinderella inti kacang merah
Bahan A
1 1/2 cawan air suam
1 paket yis (11gm)
2 sudu besar gula pasir
(Satukan semua bahan dalam satu bekas dan kacau sebati. Biarkan lebih kurang 5 minit sehingga berbuih)
Bahan B
4 1/2 cawan tepung pau
3 sudu besar marjerin
1 1/2 sudu teh baking powder
(Gaulkan semua bahan B sampai sebati dan macam serbuk)
Inti:
Pakai inti kacang merah yang dalam peket tu. Gentel bulat-bulat besar sikit dari biji guli.
Cara-cara
- Masukkan larutan bahan A ke dalam bahan B. Gaul rata dan uli manja selama 10 minit. Jangan kurang jangan lebih masa.
- Kemudian peram doh tu dalam bekas bertutup. Sis wrap dengan wrapping plastic. Kalau xde letak dulang atau ape je atas bekas peram doh tu. Seeloknya peram dekat tempat panas yang kena direct cahaya matahari contoh tepi tingkap, dalam kereta pun boleh janji panas. Biarkan peram dalam 15-18 minit. Jangan terlebih masa sampai kembang sangat tau nanti pau cepat keras dan kecut lepas masak. Sis buat dalam 16 minit haritu sebab matahari tengah memancor betul. Panas weh dapur. Kalau ngam-ngam korang buat hari mendung terpaksa biar lama sikit ye. Janji doh tu kembang dari saiz asal.
- Lepas da peram meh uli doh tu bulatkan jadi ketulan kecil. Masa ni lah sis ukur pakai genggaman tangan sis. Ikut korang kalau nak timbang pun boleh lagi sekata.
- Dah bulatkan tadi leperkan pulak sebab nak masukkan inti kacang merah yang korang da siap-siap bulatkan tadi. Katup elok-elok jangan sampai inti boleh terkeluar.
- Letak atas alas kertas. Kalau xde boleh pakai cup muffin macam sis punya dalam pic atau daun pisang lagi wangi tu.
- Da siap semua masuk inti, peram lagi doh dalam 20 minit lagi.
- Panaskan pengukus. Masukkan pau. Tengok jam. Kukus selama 10 minit. Seeloknya balut pengukus dengan kain supaya air tak menitis atas pau putih melepak cinderella korang tu.
- Kat pic ni sis nak tunjuk pau yang kena titis air dengan pau xkena air. Cantik elok je kan kalau xkena air. Sis xde pengukus macam korg sebab tu sis pakai pengukus/steamer tupperware je. hihi. Kan dah cakap baru belajar buat kuih so alatan pun xcukup. Pakai ape je yg ade.
9. Untuk adunan ni dengan saiz yang sis buat dapat 27 pcs pau. Inti habis separuh peket jugak.
Dah siap pau tu jom makan panas-panas. Ya ampun nangis laki korg bini dia dah pandai buat pau macam kat kedai. Kalau xhabis jangan risau. Biarkan dulu sejuk. Da sejuk masukkan dalam bekas bertutup. Frozenkan je. Nak makan nnt keluarkan kukus sekejap. Powerlah korg da boleh buat bisnes pau frozen pulak ni. hihi.
Ok next kte try buat pau inti ayam ke daging ke kan. Untuk yang newbie macam sy welcome sis ku to my blog. Till then. Selamat mencuba!! Assalamualaikum…
Panduan Memulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah
Awak kan suka bake-bake? Lagi pun, bun dan kuih-muih yg awak buat mmg sedap! Kenapa tak gunakan minat dan bakat awak untuk menjana pendapatan dan menambahbaik ekonomi family?
Dengan hanya melaburkan RM30, awak sudah bersedia memulakan bisnes bakeri secara kecil-kecilan sendiri.
Dengan hanya melaburkan RM30, awak sudah boleh membantu meringankan beban suami.
Dan dengan hanya melaburkan RM30 ini juga, awak sudah mampu meningkatkan pendapatan family. Demi kebahagiaan anak-anak. Untung giler kan..
RM30 tu kalau beli topup utk sebulan, hampir tak cukup pun. Apa lagi lagi kalau kuat layan youtube atau stream drama-drama korea di Netflix. Last-last RM30 tu hilang camtu jer dibawa angin..
Lebih elok awak dapatkan panduan cara memulakan bisnes bakeri di bawah. Ia terbukti telah membantu ramai suri rumah menambah pendapatan family.
Nota: Panduan ini adalah rujukan umum memulakan perniagaan bakeri dari rumah (juga sesuai dijadikan sebagai garis panduan sebelum memulakan bisnes pau atau kuih-muih secara kecil-kecilan).
Penutup
Untuk menambah kemahiran bakeri sis, boleh baca dimana nak belajar membuat roti dan cara nak belajar buat kek ini.
Bagi yg baru nak berjinak-jinak dalam bidang bakeri, sis boleh baca jenis-jenis & kepelbagaian roti ni.
Eh.. Sis dah baca bagaimana cara memulakan bisnes bakeri dari rumah ini?
Cookies adalah produk bakeri yg evergreen dan mempunyai permintaan sepanjang tahun. Sis dah baca cara memulakan perniagaan cookies dari rumah ini?
Jangan tak tahu, biskut raya adalah sejenis bisnes yg amat menguntungkan. Apatah lagi bila masuk musim perayaan. Sis dah baca cara memulakan perniagaan biskut raya ni?
Bisnes kuih muih adalah salah satu daripada bisnes makanan yg tak lapuk dek panas dan tak lekang dek hujan. Ia sentiasa ada permintaan dari generasi ke generasi. Sudahkah sis baca cara memulakan perniagaan kuih muih ni?
Majlis hari jadi adalah sambutan yg lazim di kalangan jiran-jiran dan rakan-rakan kita. Rugi andai peluang bisnes ini dibazirkan begitu saja. Lagi pun, sis kan suka buat kek? Kenapa tak baca 7 tips memulakan perniagaan kek secara kecil-kecilan ni dulu?
Bisnes makanan luas bidangnya dan sektor ekonomi yang menjanjikan. Kenapa tidak cuba nasib di bidang ini. Sesiapa pun boleh buat, asalkan ada minat. Sebagai permulaan, baca tips memulakan bisnes makanan.
Buat roti manis tapi asyik tak jadi? Kalau jadi pon, keras kematu la pula. Bagi yg tgh cari resepi roti manis confirm jadi, baca resepi roti manis yang selembut sutera ni.
Buat donut tapi asyik tak jadi jer. Kalau hampir jadi pun tapi keras kematu. Baca resepi donut gebu gebas daripada sis ni..