Kali ini sis akan menyingkap jenis-jenis & kepelbagaian roti. Di Malaysia, roti adalah salah satu makanan pengganti nasi. Boleh dikatakan makanan ruji kedua rakyat Malaysia. Macam-macam jenama roti di pasaran contohnya Gardenia, Mashimo dan lain-lain lagi jenama.
Isi Kandungan
Pelbagai Jenis Roti
Jenis roti juga pelbagai. Contohnya roti putih biasa, wholemeal dan lain-lain lagi.
Kerujian ini adalah kerana ia boleh mengenyangkan dan senang di ambil. Ia juga boleh dipelbagaikan seperti kosong, roti ban yang boleh di buat sandwich serta juga roti manis yang berintikan macam-macam inti serta di pelbagaikan dengan tambahan sosej, chicken floss dan lain-lain lagi.
Selain itu, ia juga boleh dijadikan snek sihat kerana roti boleh di tambah dengan kekacang dan buah-buahan kering.
Di samping itu juga, semestinya di kedai kek dan roti, roti-roti banyak dihasilkan dengan pelbagai bentuk dan inti. Semestinya roti sebegini mendapat perhatian kerana rupa dan bentuk serta inti yang menyelerakan.
Malah cuba kita perhatikan, roti-roti sebegini dengan mudah di perolehi di kiosk-kiosk sementara atau kekal di pusat membeli belah, hospital-hospital dan juga di dalam café.
Ini menunjukkan roti ‘homemade’ sebegini mendapat permintaan yang tinggi selain roti yang berjenama yang berada di pasaran.
Mengikut Wikipedia, roti ialah sejenis makanan utama yang dibuat dari doh yang terhasil dari kombinasi air dan tepung. Roti popular di seluruh dunia dan antara makanan tertua yang penting hasil dari pertanian.
Hasil roti bergantung kepada jenis tepung, cara penyediaan serta penggunaan alatan semasa meyediakan doh roti tersebut. Hasilnya akan wujud perbezaan jenis, bentuk, saiz dan teksur roti walaupun menggunakan resepi yang sama!
Roti adalah makanan yang dihasilkan dari proses peragian yang terhasil secara semulajadi dari doh masam dengan penggunaan yis atau tekanan tinggi dari pengudaraan.
Sesetengah roti perlu dimasak sebelum ‘ditinggal’ atas alasan agama ataupun alasan penyediaan resepi traditional. Dalam penyediaan roti secara komersial, roti biasanya mengadungi bahan penaik dan juga pelembut untuk meningkatkan kualiti roti dari segi tekstur, rasa, warna dan tempoh masa roti tersebut.
Roti juga biasanya mempunyai jangka hayat yang pendek. Contohnya 3 hingga ke 5 hari sahaja. Hal ini kerana roti tiada bahan pengawet dan penggunaan yis dalam penghasilan roti menyebabkan roti tidak bertahan lama.
Di tambah pula rasa tambahan yang ditambah contohnya inti sardin dan juga sosej menyebabkan roti ini perlu dihabiskan dalam tempoh yang di tetapkan.
Itu saja kali ini untuk jenis-jenis & kepelbagaian roti di Malaysia. Semoga ia menambah sedikit pengetahuan anda.
Penutup
Tak cukup? Ok.. Untuk menambah lagi kemahiran bakeri anda, boleh baca dimana nak belajar membuat roti dan cara nak belajar buat kek ini.
Untuk yg serius nak tambah pendapatan family dengan bisnes bakeri, baca bagaimana cara memulakan bisnes bakeri dari rumah ni.
Permintaan cookies atau kukis adalah tinggi pada sepanjang masa. Kena pandai promosi jer. Jom baca cara memulakan perniagaan cookies dari rumah ni.
Menjelang puasa dan apabila semakin menghampiri aidilfitri, permintaan biskut raya mencanak tinggi. Kalau pandai ambil peluang, memang sampai tak menang tangan melayan tempahan jiran dan kawan-kawan. Sis dah baca cara memulakan perniagaan biskut raya ni?
Nak jual kuih-muih ni bukan asal boleh aje. Silap-silap haribulan, untung tidak, malahan rugi. Sebab tu, sebelum mula, elok sgt klu sis boleh baca dulu cara memulakan perniagaan kuih muih ni.
Adakah impian sis menjadi seorang home baker yg berjaya dan mampu menampung keperluan keluarga? Sis suka sangat buat kek? Kalau begitu, sis kena baca 7 tips memulakan perniagaan kek secara kecil-kecilan ni.
Bisnes makanan adalah bidang perniagaan yg menjanjikan. Sayang sekali kalau peluang ini disia-siakan. Lagi pula, sis pandai memasak kan? Kenapa bazirkan bakat yg ada? Ketahui 7 tips memulakan bisnes makanan secara kecil-kecilan ni utk memulakan langkah pertama sis.
Sis dah try ker resepi roti manis yang selembut sutera ni? Cubalah. Boleh buat hidangan utk minum petang bersama family. Anak-anak pasti gembira! Abang pasti senyum sampai ke telinga..
Bagi korang yg baru nak belajar buat donut tu. Di sini sis perturunkan resepi donut gebu gebas yg menjadi rahsia family secara turun-temurun..
Nak cuba buat pau untuk minum petang? Dah cuba byk resepi pau tapi tak jadi? Cuba resepi pau putih melepak cinderella inti kacang merah ni pula..
Panduan Memulakan Bisnes Bakeri Sendiri!
Adakah anda bercadang memulakan bisnes bakeri sendiri di rumah?
Dapatkan panduan memulakan bisnes bakeri di bawah! Ia terbukti telah membantu ramai surirumah menambah pendapatan family.
Selamat menjalankan bisnes bakeri dari rumah!