Kali ni, sis akan berkongsi cara nak belajar buat kek. Kita sedia maklum bahawa banyak resepi kek dengan mudahnya di perolehi di carian internet. Buka aje Google atau Bing. Sis tidak menafikan resepi yang dikongsiknan tersebut boleh menghasilkan kek yang sempurna.
Tetapi kita juga perlu mencari ilmu mengenai cara menghasilkan kek yg benar sebelum mencuba sesuatu resepi.
Ini adalah penting. Kerana secara amnya, resepi yang dikongsi tersebut adalah mungkin sama dengan yang dipelajari dari sesuatu sumber contohnya dari kelas kek.
Cuma yang membezakannya adalah teknik-teknik dalam penghasilan dan pembuatan kek. Mudah kata – air tangan la.
Youtube
Tambahan pula, kek homemade biasanya mempunyai pelbagai bentuk yang menarik dan tambahan rasa yang berlainan. Jadi, sis juga boleh mempelajari ilmu tersebut melalui kelas online secara percuma contohnya di Youtube.
Kelas Berbayar
Selain sumber percuma dari resepi di internet dan kelas online di Youtube, banyak juga kelas-kelas kek berbayar yang diadakan sama ada oleh kelas-kelas persendirian ataupun oleh pusat pusat latihan contohnya Giat Mara, Kolej Komuniti dan juga lain-lain pusat latihan.
Sis boleh juga menghadirkan diri untuk meningkatkan skill serta teknik-teknik membuat kek kerana kebiasaannya kelas tersebut diadakan secara ‘hands-on’.
Internet
Tetapi bagi pendapat sis ‘personally’, sis lebih suka mencuba resepi-resepi di internet walaupun sis telah menghadiri kelas tersebut. Hal ini kerana, sis suka mencuba dan mencari perbezaan hasil dari setiap resepi dan membandingkan hasilnya.
Brand Dan Kedai
Selain itu, sis juga suka membeli kek yang dikenali ramai seperti dari ‘Secret Recipe’, ‘Roti Boy’ dan juga dari kedai kek yg famous. Kerana sis suka mencari rasa ‘istimewa’ kek tersebut yang menyebabkan ia dapat di jual dengan harga yang mahal.
Jadi, dari deria rasa, biasanya kita dapat membandingkan dengan produk yang dihasilkan oleh kita sendiri. Di sini pentingnya sikap ‘try an error’ itu.
Selain perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru dalam menambah baik resepi kek yang kita perolehi dan tidak terikat 100 peratus kepada resepi asal adalah penting.
Seperti yang sis pernah sentuh dalam awal topik dahulu, untuk mencari ilmu, kita perlu ikut kemampuan kelas yang kita boleh hadiri. Hal ini kerana kelas-kelas belajar kek,biskut dan kek agak mahal.
Tambahan pula, setiap masa ada sahaja produk baru samaada ia menjadi produk ‘viral’ atau pun yang menjadi ‘hot’ dalam satu-satu masa. Tidak semestinya kita tidak menghadiri sesuatu kelas produk, kita tidak mampu menghasilkan produk yang berkualiti.
Ini kerana, dengan kemudahan internet, kita mampu menerokai ilmu tanpa sempadan. Dengan Youtube, banyak ilmu teknik-teknik asas pembuatan kek sehinggalah kepada cara menghias kek yg boleh di pelajari secara amali. Hal ini kerana, langkah demi langkah di tunjukkan dengan teliti.
PJJ
Selain itu, pilihan kelas berbayar untuk kita memperolehi ilmu juga melalui pelbagai cara dan tidak semestinya melalui kelas ‘hands on’. Kelas terkini yang agak murah tetapi praktikal adalah kelas belajar secara online ataupun di kenali sebagai kelas pembelajaran jarak jauh (PJJ).
Cara ini lebih berkesan kerana selepas kita membuat bayaran, kita akan ‘ditambah’ di dalam kumpulan Facebook tertutup yang mana kita boleh berkomunikasi di dalam kumpulan tersebut. Tambahan pula kelas tersebut agak murah kos / yuran berbanding kelas ‘hands on’ malah video yang dimuat naik di dalam Group Facebook tersebut untuk pembelajaran boleh diulang tayang sehingga kita mahir.
Umumnya, secara asasnya setiap resepi kek adalah sama. Tidak kira sama ada menghadiri kelas atau pun mencari sendiri di carian internet. Cuma teknik dan tips yang diajar di dalam kelas adalah ‘bonus’ kepada peserta.
Di samping itu, resepi yang kita dapat semasa hadiri kelas resepi yang ‘mesti jadi’ berbanding resepi yang diperoleh dari internet yang memerlukan kesabaran dan teknik yang betul di dalam mencuba resepi kek tersebut.
Panduan Memulakan Bisnes Bakeri Sendiri!
Adakah sisa bercadang memulakan bisnes bakeri sendiri di rumah? Kek merupakan salah satu daripada cabang bakeri.
Dapatkan panduan memulakan bisnes bakeri di bawah! Ia terbukti telah membantu ramai surirumah menambah pendapatan family.
Selamat menjalankan bisnes bakeri dari rumah!
Penutup
Untuk yg lebih suka roti dan bun, sis ada kongsikan dimana nak belajar membuat roti.
Selain itu, bagi menambah pengetahuan am sis, ketahui jenis & kepelbagaian roti di Malaysia.
Untuk yg serius nak tambah pendapatan family dengan bisnes bakeri, baca bagaimana cara memulakan bisnes bakeri dari rumah ni.
Permintaan cookies atau kukis adalah tinggi sepanjang masa. Sampai tak terlayan tempahan para pembuat cookies kita, kalau pandai promosi. Jom baca cara memulakan perniagaan cookies dari rumah ni.
Menjelang puasa dan apabila semakin menghampiri aidilfitri, permintaan biskut raya mencanak tinggi. Kalau pandai ambil peluang, memang sampai tak menang tangan melayan tempahan jiran dan rakan-rakan. Sis dah baca cara memulakan perniagaan biskut raya ni?
Nak menjual kuih-muih ni bukan asal boleh aje. Silap-silap haribulan, untung tidak, malahan rugi. Sebab tu, sebelum mula, elok sgt klu sis boleh baca dahulu cara memulakan perniagaan kuih muih ni.
Adakah impian sis menjadi seorang home baker yg berjaya? Sis suka gila buat kek? Kalau begitu, sis kena la baca 7 tips memulakan perniagaan kek secara kecil-kecilan ni.
Bisnes makanan adalah bidang perniagaan yg menjanjikan. Sayang sekali andai peluang ini disia-siakan. Lagi pula, sis pandai memasak kan? Kenapa bazirkan bakat yg ada? Ketahui 7 tips memulakan bisnes makanan secara kecil-kecilan ni utk mengintai ruang yg terbuka.
Sis dah try ker resepi roti manis yang selembut sutera ni? Cubalah. Boleh juga buat hidangan utk minum petang bersama family. Anak-anak pasti gembira! Abang pasti senyum sampai ke telinga..
Kuih pau ni nampak mcm senang nak buat kan. Tapi nak buat dia kembang dan gebus tu, disitulah cabaran sebenar. Utk yg masih lom berjaya buat pau sampai puas hati. Jom baca resepi pau putih melepak Cinderella inti kacang merah ni.
Bagi korang yg baru belajar buat donut tu. Di sini sis perturunkan resepi donut gebu gebas yg menjadi rahsia family secara turun-temurun..