10 Idea Bisnes Bakeri Tahun 2024

Bisnes Bakeri sudah tidak asing bagi rakyat Malaysia dan memang sudah ramai yang memulakan langkah dalam menjinakkan diri. Dalam perkongsian kali ni, akan disenaraikan 10 idea bisnes bakeri yang mungkin boleh korang ceburi.

10 Idea Bisnes Bakeri Tahun 2022

Kenapa mungkin? Sebab 10 Idea Bisnes Bakeri ini hanya tinggal idea jika korang tidak mengambil keputusan menceburkan diri.

Idea Kedai Bakeri

Sekiranya korang mempunyai modal wang yang mencukupi, kedai fizikal adalah konsep bisnes tradisional yang biasa dilakukan. Pelbagai produk bakeri yang boleh dijual. Contohnya Kek, Roti, Pastries, Biskut dan pelbagai lagi.

Ada banyak faktor yang perlu diambil perhatian antaranya: produk, lokasi, target market, branding, kualiti, kebersihan dan lain-lain lagi.

Walaupun perniagaan dijalankan secara offline, pemasaran secara online perlu juga diberikan perhatian. Contohnya, daftarkan bisnes korang dalam pencarian google. Sekarang kebanyakkan kita akan mengunakan carian google untuk dapatkan maklumat. Bahagian ‘review’ dapat menarik pelanggan untuk membeli perkhidmatan dan produk korang.

Idea ’Specialty’ Bakeri

Ada pelbagai ‘specialty’ bakeri yang ada di pasaran sekarang ini. Contohnya Artisan Bakeri (mengunakan resipi dan kaedah tradisional asal).

Konsep Boulengerie yang dibawa dari negara Perancis sudah menjadi trend di Malaysia terutama di kawasan pusat bandar. Crosserie, Tommy Le Baker antara nama-nama yang mencetuskan fenomena roti artisan di Malaysia.

Bahan utama untuk hasilkan roti artisan ialah tepung, air, garam dan yis. Kalau roti yang korang buat tu ada masukkan aditif makanan seperti bread improver ke, bread softener ke, jangan memandai panggil roti artisan tau. Silap haribulan kena marah pulak dengan orang Perancis!

Idea Pembekal Bahan-Bahan Bakeri secara Online

Seorang rakan yang menjalankan bisnes bahan-bahan bakeri secara online (shopee) ada kongsikan kepada kami yang sale mereka semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2020 sangat-sangat memberangsangkan.

Mana tidaknya, banyak masa dihabiskan di rumah dan aktiviti memasak atau baking menjadi pilihan utama. Tambahan pula rakyat Malaysia sudah biasa membuat pembelian secara online.

Jadi, sila rebut peluang keemasan ini dengan mengunakan platform ecommerce yang menjadi pilihan rakyat Malaysia seperti Shopee ataupun Lazada.

Idea Bisnes ‘Home Bakery’

Dalam 10 Idea Bisnes Bakeri yg disenaraikan, inilah yg paling popular. Ibu-ibu yg sibuk pun boleh buat. Risiko yang rendah dan ‘profit margin’ yang tinggi menyebabkan bisnes bakeri dari rumah sudah menjadi trend pada masa sekarang.

Walaupun begitu, aspek perundangan perlu dipatuhi seperti menghadiri Kursus Latihan Pengendalian Makanan (KKM) dan mengambil suntikan anti typhoid.

Gunakan platform sosial media semaksimum mungkin untuk branding dan mempromosikan perniagaan anda seperti facebook, instagram dan yang terkini, tiktok.

Tingkatkan kemahiran untuk mengambil gambar yang cantik, video yang menarik dan copywriting yang menawan untuk tarik perhatian pelanggan kerana inilah ‘seni’ untuk lariskan jualan di sosial media.

Idea Bakeri Bergerak (food truck)

Kalau dulu pelanggan cari kita, tetapi sekarang kita pula yang cari pelanggan. Itulah kelebihan berniaga secara mobile. Dimana ada ramai orang, disitulah kita berada bersama bisnes kita.

Idea Perkhidmatan ‘Gift Basket’

‘Gift Basket’ ataupun dikenali sebagai ‘hamper’ adalah bisnes dalam kategori bakeri yg masih belum diterokai ramai. Belum banyak yang buat, so bila tak banyak pesaing sudah semestinya menjadi satu kelebihan.

Idea Bisnes ‘Baking Kits for kids’

Satu idea bisnes yang sangat menarik. Sediakan semua bahan-bahan baking dalam satu bungkusan yang cantik dan lakukan jualan secara atas talian. Saya tertarik dengan konsep yang diperkenalkan oleh Baketivity. Mungkin kalian adalah pioneer di Malaysia pula? InsyaAllah…

Idea Cikgu ‘Baking’

Ada orang mempunyai kelebihan untuk mengajar. Setiap kata-katanya mudah difahami dan dia sangat berpengalaman dalam topik yang nak diajar. So, mungkin idea bisnes mengajar adalah pilihan yang terbaik buat korang yg pandai bercakap dan bercoleteh.

Idea Menulis Buku atau Blogging

Sekiranya korang suka menulis, berkongsi resipi dan tips baking, boleh terbitkan buku resepi pertama pada tahun 2024 ni. Jangan harapkan ia terus menjadi bestseller sebab biasanya agak mustahil. Kecuali korang adalah chef selebriti. Tapi untuk branding dan duit tambahan memang tiada masalah. Chaiyok!

Idea Baking Youtuber

Tak dinafikan, video sangat menarik perhatian audiens. Ada youtuber yang boleh jana pendapatan sehingga 6 angka sebulan melalui produk atau food review, sponsorship dan youtube ads. Daftar youtube channel korang sekarang juga! Lagipun, korang kan suka baking. Kenapa tidak?

Kesimpulan

That’s all. 10 Idea Bisnes Bakeri Tahun 2024 yang sepat kami kongsikan kali ini. Semoga ada di antara idea ini yang menarik minat korang. Dan mudah-mudahan menjadi titik tolak kejayaan hidup korang. Aamin..

Panduan Memulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah

Awak kan suka bake-bake? Lagi pun, bun dan kuih-muih yg awak buat mmg sedap! Kenapa tak gunakan minat dan bakat awak untuk menjana pendapatan dan menambahbaik ekonomi family?

Dengan hanya melaburkan RM30, awak sudah bersedia memulakan bisnes bakeri secara kecil-kecilan sendiri.

Dengan hanya melaburkan RM30, awak sudah boleh membantu meringankan beban suami.

Dan dengan hanya melaburkan RM30 ini juga, awak sudah mampu meningkatkan pendapatan family. Demi kebahagiaan anak-anak. Untung giler kan..

RM30 tu kalau beli topup utk sebulan, hampir tak cukup pun. Apa lagi lagi kalau kuat layan youtube atau stream drama-drama korea di Netflix. Last-last RM30 tu hilang camtu jer dibawa angin..

Lebih elok awak dapatkan panduan cara memulakan bisnes bakeri di bawah. Ia terbukti telah membantu ramai suri rumah menambah pendapatan family.

Panduan lengkap memulakan bisnes bakeri 2024

Nota: Panduan ini adalah rujukan umum memulakan perniagaan bakeri dari rumah (juga sesuai dijadikan sebagai garis panduan sebelum memulakan bisnes pau atau kuih-muih secara kecil-kecilan).

Penutup

Untuk menambah kemahiran bakeri sis, boleh baca dimana nak belajar membuat roti dan cara nak belajar buat kek ini.

Bagi yg baru nak berjinak-jinak dalam bidang bakeri, sis boleh baca jenis-jenis & kepelbagaian roti ni.

Eh.. Sis dah baca bagaimana cara memulakan bisnes bakeri dari rumah ini?

Cookies adalah produk bakeri yg evergreen dan mempunyai permintaan sepanjang tahun. Sis dah baca cara memulakan perniagaan cookies dari rumah ini?

Jangan tak tahu, biskut raya adalah sejenis bisnes yg amat menguntungkan. Apatah lagi bila masuk musim perayaan. Sis dah baca cara memulakan perniagaan biskut raya ni?

Bisnes kuih muih adalah salah satu daripada bisnes makanan yg tak lapuk dek panas dan tak lekang dek hujan. Ia sentiasa ada permintaan dari generasi ke generasi. Sudahkah sis baca cara memulakan perniagaan kuih muih ni?

Majlis hari jadi adalah sambutan yg lazim di kalangan jiran-jiran dan rakan-rakan kita. Rugi andai peluang bisnes ini dibazirkan begitu saja. Lagi pun, sis kan suka buat kek? Kenapa tak baca 7 tips memulakan perniagaan kek secara kecil-kecilan ni dulu?

Bisnes makanan luas bidangnya dan sektor ekonomi yang menjanjikan. Kenapa tidak cuba nasib di bidang ini. Sesiapa pun boleh buat, asalkan ada minat. Sebagai permulaan, baca tips memulakan bisnes makanan.

Buat roti manis tapi asyik tak jadi? Kalau jadi pon, keras kematu la pula. Bagi yg tgh cari resepi roti manis confirm jadi, baca resepi roti manis yang selembut sutera ni.

Buat donut tapi asyik tak jadi jer. Kalau hampir jadi pun tapi keras kematu. Baca resepi donut gebu gebas daripada sis ni..

Nak try buat pau untuk minum petang? Dah cuba byk resepi pau tapi tak jadi? Cuba resepi pau putih melepak cinderella inti kacang merah ni pula..

Leave a Comment

error: Content is protected !!