Kali ini, kami akan kongsikan 7 tips buat roti di rumah yang pasti menjadi. Dijamin pasni korang akan buat roti yang cantik dan tanpa gagal lagi.
Isi Kandungan
Pasti korang rasa hairan kan? Masa join kelas buat roti tu bukan main cantik lagi. Gebu gebas. Ini tak lain, mesti cikgu kelas roti tu main jampi. Korang ni kan, tak sudah-sudah dengan hal syirik. Haha..
Sebenarnya, banyak faktor yang mempengaruhi hal ini. Antaranya equipment (peralatan yang digunakan) dan liquidity (kelembaban serta keadaan persekitaran).
Jadi, tips yang akan diberikan kali ini memangnya sangat-sangat berguna kepada korang yang baru berjinak-jinak dalam dunia pembuatan roti.
TIPS 1 – BACA RESEPI DENGAN BETUL
Ini mustahak ya. Contohnya resepi asas dalam pembuatan roti ialah tepung, yis, garam dan air. Mula-mula kena faham, tepung apa yang mesti digunakan. Adakah high protein atau low protein? Jenis tepung memberikan kesan terhadap produk akhir yakni roti yang dihasilkan. Ada sesetangah orang, dia main taram jer, masukkan tepung jagung masa buat roti. Korang rasa, jadi tak?
TIPS 2 – TIMBANG BAHAN DENGAN PENIMBANG DIGITAL
Dalam dunia baking, sains (terutama fizik dan kimia) serta art adalah subjek yg perlu korang mahir. Bahan-bahan perlu disukat dengan betul. Tak boleh main agak-agak. Sebab itu, alat penimbang digital atau analog sangat penting.
TIPS 3 – ULI DOH SEHINGGA EXTENSIBLE
Roti yang korang hasilkan adalah bergantung kepada satu rahsia dalam dunia bakeri. Apakah itu? Cara atau kaedah menguli. Ada orang suka pakai mixer, sebahagian yan glain pula lebih suka menggunakan tangan.
Mixer ni pula ada beraneka jenis. Contohnya spiral mixer dan planetary mixer. Tak kisah apa jenis mixer yang korang gunakan, paling penting apabila doh dah terhasil, korang ambil sedikit dan tarik (regangkan). Ini untuk memastikan extensible doh. Kalau time tarik tu masih koyak, ertinya korang kena uli lagi.
TIPS 4 – BERIKAN MASA UNTUK DOH MENGEMBANG
Kesabaran adalah sifat ang amat diperlukan semasa membuat roti. Bukan sabar biasa-biasa. Kena kesabaran yang tinggi. Buat sekali, confirm tak jadi. Kena mahirkan diri.
Proses pengembangan roti memerlukan masa dan suhu yang tepat. Bila yis dan aktif barulah karbon dioksida terhasil. Gas inilah yang akan membantu doh korang kembang.
Proses ini biasanya memakan masa lebih kurang 60-65 minit pada suhu 35-37 degree C dan 85-95% relative humidity (rh)
TIPS 5 – PANASKAN KETUHAR DAHULU
Ramai gila yang melakukan kesalahan ini. Kesilapan yang dibuat oleh akak-akak adik-adik yang baru mula ialah memasukkan doh ke dalam ketuhar (oven) tanpa memanaskan ketuhar terlebih dahulu. Korang kena tahu, haba memberi sedikit tekanan lebih atau little push kepada doh untuk mengembang sebelum adunan tepung itu berubah menjadi roti.
Kena ingat ya, proses ini memerlukan suhu yang tepat pada masa yang singkat. Pastikan oven dah ada suhu yang betul sebelum doh dimasukkan.
TIPS 6 – PINDAHKAN ROTI KE ATAS JARING SELEPAS BAKAR
Kenapa jaring? Ini untuk mengelakkan roti daripada berpeluh semasa masih dalam keadaan panas. Sekiranya roti berpeluh, ia akan menjadi lembap dan lembik.
TIPS 7 – REKOD DAN DOKUMENTASIKAN PRODUK AKHIR
Inilah step yang ramai gila gagal. Kemalasan memang menjadi penghalang utama. Ramai yan glagi suka main ingat jer. Sila pastikan semua aktiviti korang direkod untuk rujukan masa datang. Ia akan memudahkan korang untuk membuat penambahbaikkan dan kualiti produk.
Kesimpulan
That’s all. Itulah dia 7 tips buat roti di rumah yang pasti menjadi. Dijamin pasni korang akan boleh buat roti yang cantik dan tanpa gagal. Lepas tu boleh jual. Mudah-mudahan ini menjadi titik tolak kejayaan hidup korang. Aamin..
Panduan Memulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah
Awak kan suka bake-bake? Lagi pun, bun dan kuih-muih yg awak buat mmg sedap! Kenapa tak gunakan minat dan bakat awak untuk menjana pendapatan dan menambahbaik ekonomi family?
Dengan hanya melaburkan RM30, awak sudah bersedia memulakan bisnes bakeri secara kecil-kecilan sendiri.
Dengan hanya melaburkan RM30, awak sudah boleh membantu meringankan beban suami.
Dan dengan hanya melaburkan RM30 ini juga, awak sudah mampu meningkatkan pendapatan family. Demi kebahagiaan anak-anak. Untung giler kan..
RM30 tu kalau beli topup utk sebulan, hampir tak cukup pun. Apa lagi lagi kalau kuat layan youtube atau stream drama-drama korea di Netflix. Last-last RM30 tu hilang camtu jer dibawa angin..
Lebih elok awak dapatkan panduan cara memulakan bisnes bakeri di bawah. Ia terbukti telah membantu ramai suri rumah menambah pendapatan family.
Nota: Panduan ini adalah rujukan umum memulakan perniagaan bakeri dari rumah (juga sesuai dijadikan sebagai garis panduan sebelum memulakan bisnes pau atau kuih-muih secara kecil-kecilan).
Penutup
Untuk menambah kemahiran bakeri sis, boleh baca dimana nak belajar membuat roti dan cara nak belajar buat kek ini.
Bagi yg baru nak berjinak-jinak dalam bidang bakeri, sis boleh baca jenis-jenis & kepelbagaian roti ni.
Eh.. Sis dah baca bagaimana cara memulakan bisnes bakeri dari rumah ini?
Cookies adalah produk bakeri yg evergreen dan mempunyai permintaan sepanjang tahun. Sis dah baca cara memulakan perniagaan cookies dari rumah ini?
Jangan tak tahu, biskut raya adalah sejenis bisnes yg amat menguntungkan. Apatah lagi bila masuk musim perayaan. Sis dah baca cara memulakan perniagaan biskut raya ni?
Bisnes kuih muih adalah salah satu daripada bisnes makanan yg tak lapuk dek panas dan tak lekang dek hujan. Ia sentiasa ada permintaan dari generasi ke generasi. Sudahkah sis baca cara memulakan perniagaan kuih muih ni?
Majlis hari jadi adalah sambutan yg lazim di kalangan jiran-jiran dan rakan-rakan kita. Rugi andai peluang bisnes ini dibazirkan begitu saja. Lagi pun, sis kan suka buat kek? Kenapa tak baca 7 tips memulakan perniagaan kek secara kecil-kecilan ni dulu?
Bisnes makanan luas bidangnya dan sektor ekonomi yang menjanjikan. Kenapa tidak cuba nasib di bidang ini. Sesiapa pun boleh buat, asalkan ada minat. Sebagai permulaan, baca tips memulakan bisnes makanan.
Buat roti manis tapi asyik tak jadi? Kalau jadi pon, keras kematu la pula. Bagi yg tgh cari resepi roti manis confirm jadi, baca resepi roti manis yang selembut sutera ni.
Buat donut tapi asyik tak jadi jer. Kalau hampir jadi pun tapi keras kematu. Baca resepi donut gebu gebas daripada sis ni..
Nak try buat pau untuk minum petang? Dah cuba byk resepi pau tapi tak jadi? Cuba resepi pau putih melepak cinderella inti kacang merah ni pula..
Rakyat Malaysia ramai yg menceburi Bisnes Bakeri. Kali ini, akan dikongsikan 10 idea bisnes bakeri yang mungkin boleh korang cuba..