14 Fakta Menarik Roti Yang Anda Belum Tahu

Siapa yang tidak kenal roti? Adunan tepung dan air yang mengandungi karbohidrat ini makanan lazim di seluruh dunia. Tidak terkira banyaknya menu yg boleh diolah daripada bahan asas roti. Sudah tentu, kepopularan roti dan bahkan menjadi makanan ruji di beberapa buah negara ini tak luput daripada lipatan sejarah dan dihiasi fakta-fakta menarik. Jom lihat 14 fakta menarik roti yang anda belum tahu ini..

14 Fakta Menarik Roti Yang Anda Belum Tahu

14 Fakta Menarik Mengenai Roti

#1 Roti terpantas dihasilkan. Rekod membuat roti terpantas adalah milik pembuat roti dari Wheat Montana Farms and Bakery, yang mana catatannya telah dimasukkan ke dalam Guinness Book of Records pada tahun 1995. Mereka menuai gandum di ladang, menggiling menjadi tepung dan kemudian menguli, membentuk sebiji roti dan membakarnya dalam tempoh 8 minit 13 saat sahaja!

#2 Tarikh 17 November setiap tahun dipilih sebagai National Homemade Bread day di Amerika Syarikat.

#3 Bahagian kerak roti lof berfungsi untuk kekalkan kelembapan dan kesegaran roti.

#4 Roti dicipta secara tidak sengaja. Dikatakan roti dicipta secara tidak sengaja lebih dari 7500 tahun yang lalu. Roti pertama dibuat oleh orang-orang Mesir kuno. Mereka secara tidak sengaja meninggalkan campuran tepung dan air di dalam keadaan yg seakan ketuhar yang hangat selama semalaman. Ketika kembali, mereka menemui adunan lembut, jauh lebih menyelerakan daripada kek keras yang biasa orang-orang Mesir kuno hasilkan.

#5 Roti dijadikan sebagai alat memadam kesan pensil sebelum terciptanya pemadam dari sumber getah.

#6 Roti hitam adalah salah satu ubat berkesan untuk anemia. Roti rai mengandungi 30% lebih banyak zat besi, dua kali lebih banyak kalium dan tiga kali lebih banyak magnesium berbanding roti bakar gandum yg biasa. Penyakit iskemia dan penyakit kardiovaskular lain lebih jarang berlaku terhadap orang yang menggunakan produk yang diperbuat daripada tepung gelap.

#7 Perancis merupakan negara yang mengandungi undang-undang roti sendiri.

#8 Berdasarkan dapatkan kaji selidik, orang Perancis mengambil 67 Kg roti per kapita setahun. Angka ini adalah yg tertinggi di Eropah.

#9 Boudin Bakery yang terletak di San Francisco adalah pengeluar roti ‘sourdough’ tertua dan semua rotinya dihasilkan mengunakan “mother dough” asli dari tahun 1984.

#10 Roti terbesar di dunia telah didaftarkan di Sophia Square di Kiev dan telah dimasukkan ke dalam Guinness Book of Records. Roti itu dibakar khas untuk “Festival Roti dan Tuai”. Beratnya ialah 150 Kg, setinggi 65 cm dan berdiameter 160 cm.

#11 Roti dan garam merupakan adat tradisi menyambut tetamu di Rusia.

#12 Roti terpanjang yang pernah dibuat ialah di Mexico, di bandar Acapulco. Acara ini dirakam pada tahun 1996. Roti Bulka panjangnya lebih dari 9 kilometer. Sukar untuk membayangkan berapa banyak tepung dan tenaga kerja yang dibelanjakan untuk roti ini. Cara ia dibakar juga sama sekali tidak jelas.

#13 Pada zaman Mesir kuno, roti dijadikan salah satu alat mata wang dalam urusan menjual beli.

#14 Siri komedi kanak-kanak, Bernd das Brot (karektor kartun roti) sangat popular di kalangan kanak-kanak Jerman. Disiarkan sejak tahun 2000.

Demikianlah, 14 fakta menarik roti yang anda belum tahu di atas. Semoga menjadi informasi menarik untuk anda, agar semakin mengenal tentang roti. Makanan kegemaran anda, bukan?

Panduan Memulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah

Awak kan suka bake-bake? Lagi pun, bun dan kuih-muih yg awak buat mmg sedap! Kenapa tak gunakan minat dan bakat awak untuk menjana pendapatan dan menambahbaik ekonomi family?

Dengan hanya melaburkan RM30, awak sudah bersedia memulakan bisnes bakeri secara kecil-kecilan sendiri.

Dengan hanya melaburkan RM30, awak sudah boleh membantu meringankan beban suami.

Dan dengan hanya melaburkan RM30 ini juga, awak sudah mampu meningkatkan pendapatan family. Demi kebahagiaan anak-anak. Untung giler kan..

RM30 tu kalau beli topup utk sebulan, hampir tak cukup pun. Apa lagi lagi kalau kuat layan youtube atau stream drama-drama korea di Netflix. Last-last RM30 tu hilang camtu jer dibawa angin..

Lebih elok awak dapatkan panduan cara memulakan bisnes bakeri di bawah. Ia terbukti telah membantu ramai suri rumah menambah pendapatan family.

Panduan lengkap memulakan bisnes bakeri

Nota: Panduan ini adalah rujukan umum memulakan perniagaan bakeri dari rumah (juga sesuai dijadikan sebagai garis panduan sebelum memulakan bisnes pau atau kuih-muih secara kecil-kecilan).

Penutup

Bagi yg baru nak berjinak-jinak dalam bidang bakeri, sis boleh baca jenis-jenis & kepelbagaian roti ni.

Eh.. Sis dah baca bagaimana cara memulakan bisnes bakeri dari rumah ini?

Cookies adalah produk bakeri yg evergreen dan mempunyai permintaan sepanjang tahun. Sis dah baca cara memulakan perniagaan cookies dari rumah ini?

Jangan tak tahu, biskut raya adalah sejenis bisnes yg amat menguntungkan. Apatah lagi bila masuk musim perayaan. Sis dah baca cara memulakan perniagaan biskut raya ni?

Bisnes kuih muih adalah salah satu daripada bisnes makanan yg tak lapuk dek panas dan tak lekang dek hujan. Ia sentiasa ada permintaan dari generasi ke generasi. Sudahkah sis baca cara memulakan perniagaan kuih muih ni?

Majlis hari jadi adalah sambutan yg lazim di kalangan jiran-jiran dan rakan-rakan kita. Rugi andai peluang bisnes ini dibazirkan begitu saja. Lagi pun, sis kan suka buat kek? Kenapa tak baca 7 tips memulakan perniagaan kek secara kecil-kecilan ni dulu?

Bisnes makanan luas bidangnya dan sektor ekonomi yang menjanjikan. Kenapa tidak cuba nasib di bidang ini. Sesiapa pun boleh buat, asalkan ada minat. Sebagai permulaan, baca tips memulakan bisnes makanan.

Buat roti manis tapi asyik tak jadi? Kalau jadi pon, keras kematu la pula. Bagi yg tgh cari resepi roti manis confirm jadi, baca resepi roti manis yang selembut sutera ni.

Buat donut tapi asyik tak jadi jer. Kalau hampir jadi pun tapi keras kematu. Baca resepi donut gebu gebas daripada sis ni..

Nak try buat pau untuk minum petang? Dah cuba byk resepi pau tapi tak jadi? Cuba resepi pau putih melepak cinderella inti kacang merah ni pula..

Rakyat Malaysia ramai yg menceburi Bisnes Bakeri. Kali ini, akan dikongsikan 10 idea bisnes bakeri yang mungkin boleh korang cuba..

Baca 7 tips buat roti di rumah yang pasti menjadi ini. Dijamin pasni korang akan boleh buat roti yang cantik dan tanpa gagal setiap kali..

Leave a Comment

error: Content is protected !!