Ternak Ikan Talapia di Rumah

Ikan Talapia sangat terkenal bukan sahaja di negara kita malah di negara-negara lain juga seperti Indonesia, China, Mesir dan Amerika Syarikat. Ada juga dakwaan bahawa terdapat lebih daripada 100 spesies ikan talapia di dunia ini tetapi yang sangat terkenal di negara Malaysia ialah ikan talapia merah, ikan talapia hitam dan ikan talapia biru. Boleh dikatakan tiga spesies ikan talapia ini adalah popular di Malaysia. Kali ini kita akan memperkatakan cara ternak ikan talapia di rumah.

Ternak Ikan Talapia Di Rumah

Ia juga menjadi peminat penternak-penternak ikan selain mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran. Kebiasaannya, penternak ikan yang baru ingin berjinak jinak dengan dunia penternakan ikan akan memilih untuk menternak ikan talapia kerana ikan talapia adalah salah satu ikan yang memiliki tumbesaran yang pantas selain mendapat permintaan tinggi di pasaran. Dalam erti kata lain, ikan talapia ini cepat membesar jika dijaga dan diberi pemakanan berdasarkan jadual yang betul.

Seperti yang telah dikatakan, ikan talapia mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran. Penternak-penternak ikan ini boleh mendapat hasil pulangan yang lumayan jika memasarkan ikan talapia mereka. Hal ini kerana, ia dijadikan sumber makanan bagi rakyat Malaysia. Disebabkan oleh faktor permintaan yang tinggi dan dapatan yang lumayan, ramai penternak yang menjalankan bisnes ikan talapia hanya di rumah. Ikan talapia mempunyai peminat tersendiri.

Sebab itulah, para penternak harus mengetahui cara dan asas yang diperlukan dalam ternak ikan talapia di rumah. Di dalam artikel ini akan dikongsikan tentang bagaimana untuk ternak ikan talapia di rumah. Apa yang perlu penternak perlukan dan bagaimana untuk menjalankannya.

Tangki Polythelene

Kaedah yang boleh diguna pakai untuk ternak ikan talapia di rumah adalah dengan menggunakan tangki polythelene sebagai kolam ikan talapia. Mengapakah tangki polythene digunakan oleh penternak untuk menternak ikan talapia? Terdapat beberapa kelebihan menggunakan tangki polythelene yang membuatkan ramai penternak lebih senang menggunakannya. Antaranya ialah, tangki polythelene tidak memerlukan ruangan yang besar.

Sebagai contohnya, jika penternak itu ingin menggunakan kawasan belakang rumahnya tetapi kawasan belakang rumah tidaklah begitu besar dan sempit, jadi ia boleh menggunakan tangki ini untuk menternak ikan talapia. Selain itu, penternak juga tidak perlu susah-susah membina kolam di rumah. Ianya menjimatkan masa dan juga kos dengan menggunakan tangki polythelene ini untuk ternak ikan talapia di rumah. Selain itu juga, ianya tidak memerlukan tenaga buruh yang ramai.

Penternak boleh menguruskan tangki polythelene untuk menternak ikan air tawar ini seorang diri. Kebanyakan penternak ikan menggunakan kaedah ini untuk mengisi masa lapang dengan hobi menternak ikan talapia.

Terdapat 2 jenis bentuk tangki polythelene iaitu sama ada berbentuk bulat atau berbentuk segi empat. Ianya juga hadir dengan dua warna iaitu hitam dan biru. Kebanyakan penternak lebih suka untuk ternak ikan talapia di rumah dengan menggunakan tangki berwarna biru. Hal ini kerana ianya lebih senang untuk mengenalpasti tumbesaran ikan dan mengesan kekotoran pada tangki tersebut berbanding dengan warna hitam.

Sebelum melepaskan benih ikan talapia ke dalam tangki ini, beberapa langkah perlu diambil terlebih dahulu iaitu tangki tersebut perlu dibersihkan dengan teliti sebelum anak ikan dilepaskan. Tangki tersebut perlu diisi dengan air yang bersih sehingga ke paras maksimum dan dibiarkan selama seminggu. Ianya bertujuan untuk menghilangkan kesan bahan kimia yang melekat pada tangki polythelene ini.

Kolam Kanvas

Ada juga para penternak yang menggunakan kolam kanvas di rumah mereka untuk menternak ikan talapia. Kolam kanvas agak mudah untuk dipasang dan ianya juga murah dari segi barang dan peralatan untuk membinanya. Sebelum membina kolam kanvas, penternak ikan talapia perlu tahu saiz ukuran yang mereka mahukan.

Bagi kolam yang berukuran 10 kaki panjang, 4 kaki lebar dan 4 kaki tinggi, kos bagi kanvas tidak lebih daripada rm 300. Penternak boleh dapatkan kanvas di kedai-kedai pertanian atau penternakan ataupun di laman web perniagaan seperti di shopee. Untuk cara membina kolam ikan kanvas ialah pertama anda perlu membuat rangka kolam ikan iaitu dengan menggunakan paip pvc, kayu atau besi. Setelah rangka siap, pasangkan kanvas, ikat kanvas dengan tali pada rangka yang telah dibuat.

Pastikan ianya mempunya saluran untuk air keluar yang bertujuan untuk mencuci kolam itu dikemudian hari. Selepas itu, pasangkan sistem penapis air atau pam air pada kolam kanvas anda. Seterusnya isikan air yang bersih. Cuci kolam sebelum memasukkan benih anak ikan. Apabila semuanya sudah bersedia, masukkan benih anak ikan talapia ke dalam kolam kanvas. Cara ini sangat mudah dan boleh dilakukan di belakang rumah.

Benih Ikan Talapia

Saiz sesuatu jenis ikan talapia untuk anda ternak ikan talapia di rumah adalah sekadar berukuran 1 sehingga 3 inci. Benih ikan yang besar adalah lebih baik berbanding benih ikan yang kecil kerana benih ikan yang besar adlaah lebih tahan lasak. Risiko nya untuk mati adalah lebih rendah dengan yang bersaiz kecil.

Selain itu, harga benih ikan talapia ini juga berbeza-beza mengikut saiz mereka. untuk 1 inci adalah berharga RM0.10. untuk yang 2 inci pula ialah RM0.20 manakala 3 inci ke atas adalah RM0.45. Harga benih yang murah ini membuatkan para penternak membeli mereka dengan bilangan yang banyak dan menternak mereka di rumah di dalam tangki ataupun kolam kanvas.

Kualiti Air

Untuk ternak ikan talapia di rumah, penternak harus menitikberatkan kualiti air yang digunakan untuk ikan talapia anda. Ikan talapia mempunyai ketahanan badan yang lebih tinggi daripada ikan air tawar yang lain. Terutamanya terhadap tahap kemasinan air yang tinggi, suhu air yang tinggi, oksigen terlarut yang rendah dan kepekatan ammonia yang tinggi. Suhu air yang biasanya dan paling sesuai untuk pembesaran ikan talapia adalah 50-52 degree celcius.

Namun begitu, bagi tempat-tempat yang mempunyai iklim suhu yang tinggi mungkin juga tidak sesuai untuk membela ikan jenis ini. Untuk pengetahuan, air yang paling sesuai untuk ikan talapia ini adalah air yang melalui saluran sungai ataupun bukit. Hal ini kerana air tersebut sudah sedia ada nutrient dan oxygen yang terlarut.

Namun begitu, jika ingin menggunakan iar paip yang berklorin juga tidak mengapa. Tetapi, air hendaklah dibiarkan berpusing menggunakan pam filter selama 24 jam. Ini adalah untuk klorin di dalam air paip untuk keluar selain dapat juga membantu meneutralkan air.

Pam Air untuk Larutan Oxygen

Penternak boleh meninjau jenis-jenis atau jenama pam air yang baik untuk kegunaan kolam ikan air talapia di rumah. Contohnya ialah pam air yang berjenama Shanda yang mempunyai kapasiti 1800L/h sudah cukup kuat untuk memusingkan air di dalam tangki.

Kebaikan yang lain untuk jenama ini adalah ianya menjimatkan penggunaan kuasa elektrik. Dengan 1800L/h sangat berbaloi apabila ianya hanya memerlukan 10.4watt kuasa. Selain itu juga, gunakan kapas aquarium untuk menapis segala sisa makanan dan najis ikan talapia. Apa yang pentingnya kapas ini adalah untuk mengelakkan kuantiti ammonia di dalamnya. Kandungan ammonia yang tinggi di dalam air akan mengakibatkan ikan mati.

Kesimpulannya..

Cara membela atau menternak ikan talapia di rumah adalah mudah jika penternak itu mengorbankan masa dan tenaga mereka untuk hobi ini. memelihara ikan talapia di rumah bukanlah sesuatu yang sia-sia. Ia akan memberikan pulangan yang lumayan dan rezeki yang cukup untuk penternak dan ahli keluarga.

Bacaan Tambahan

Berapakah saiz kolam ikan tilapia yang betul? Dan berapa banyak pula benih ikan yang sesuai diternak di dalam setiap kolam ikan tilapia?

Ingin memulakan bisnes ikan tilapia? Apakah cabaran yg perlu dihadapi? Dan apa pula risiko yang perlu ditanggung? Jom ketahuinya..

Menternak tilapia tidaklah terlalu sukar. Tapi bukan juga terlalu mudah. Baca cara ternak ikan tilapia yang betul di sini. Semoga maju jaya..

Pelbagai petua dan cara buat kolam ikan tilapia apatah lagi dalam membina kolam yang besar dan khusus untuk penternakan. Jom baca petua yg betul..

error: Content is protected !!